Wanita dalam Perspektif Islam
Keywords:
Wanita, Ulul Albab, Perspektif IslamAbstract
Wanita di dalam Islam cukup strategis, yakni menjadi sebagai sumber inspirasi sekali gus pemberi motivasi kepada kaum lelaki. Wanita moden yang dikehendaki Islam yang berfikiran progresif, aktif, bekerjasama, berpendidikan, berfikir global dan bertindak lokal serta peduli pada persoalan-persoalan masyarakat tetapi akhlak dan imannya tetap terjaga. Islam memberikan hak-hak yang sama kepada lelaki mahu pun wanita. Akan tetapi kenapa peranannya tidak signifikan dan sering dianggap tidak mampu dengan alasan-alasan seperti lemah fizikal, diciptakan untuk mengandung anak dan mengurus bilik tidur dan menguruskan dapur semata-mata serta pelbagai alasan. Wanita memiliki peranan yang sama dengan lelaki, kerana Allah telah menganugerahkan potensi kepada wanita sebagaimana Allah telah menganugerahkan kepada lelaki, iaitu potensi akal dan kecerdasan serta potensi hati yang qalbun salim, sehingga mampu meniti hidup dan kehidupan yang selamat bahagia dunia dan akhirat. Al-Qur’an memberikan pujian kepada ulul albab, yang berzikir dan memikirkan tentang kejadian langit dan bumi, zikir dan pemikiran menyangkut hal tersebut akan membawa manusia untuk mengetahui rahsia alam raya, yang kemudian membolehkannya kepada penguasaan ilmu pengetahuan dan teknologi. Mereka yang dinamakan ulul albab tidak terbatas pada kaum lelaki saja.