Amalan Kemahiran Komunikasi Pendakwah dengan Masyarakat Orang Asli di Malaysia [The Practice of Communication Skills among Muslim Preachers to Orang Asli Community in Malaysia]

Authors

  • Zulkefli Aini Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Kemahiran komunikasi, dakwah, Orang Asli, kompetensi pendakwah

Abstract

Penulisan ini adalah kajian konseptual berkenaan kemahiran berkomunikasi daripada perspektif dakwah yang digunakan oleh para pendakwah. Objektif kajian ini adalah perbincangan mengenai amalan komunikasi pendakwah yang berinteraksi dengan masyarakat orang Asli dalam usaha memperkenalkan dan menerangkan ajaran Islam kepada mereka. Pendedahan tentang kemahiran komunikasi amat penting kepada pendakwah kerana ia dapat membantu pendakwah menyampaikan ajaran Islam dengan lebih berkesan berdasarkan prinsip dan kaedah dakwah yang digabungkan dengan pendekatan komunikasi samada secara lisan atau pun bukan lisan. Di samping itu pendakwah yang menggunakan kemahiran komunikasi berkesan dapat mewujudkan suasana kondusif dengan kumpulan sasaran. Kajian ini merupakan kajian kualitatif menggunakan rekabentuk analisis kandungan. Data kajian diperolehi melalui pendekatan analisis dokumen yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti artikel jurnal, tesis, kertas kerja persidangan dan buku. Data dianalisis secara tematik berdasarkan item-item penting bagi kajian ini yang mengikut objektif kajian yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, kajian mendapati beberapa kemahiran komunikasi yang boleh diamalkan oleh pendakwah ketika berinteraksi dengan Orang Asli. Antaranya ialah kemahiran menyampaikan sesuatu idea dan mesej dakwah kepada orang Asli dengan terang, berkesan, dan penuh keyakinan menggunakan medium tertentu seperti lisan dan tulisan; kemahiran mendengar yang aktif dan memberikan maklum balas; dan kemahiran membuat pembentangan yang terang dengan penuh keyakinan bersesuaian dengan tahap pemikiran orang Asli. Kajian dilihat mempunyai kepentingan kepada pihak-pihak berkepentingan dengan dakwah kepada orang Asli bagi mempertingkatkan kompetensi pendakwah.

In fact, this writing is a conceptual study on communication skills from the perspective of da'wah used by muslim preachers. The objective of this study is a discussion on the communication practices of muslim preachers who interact with the Orang Asli community in an effort to introduce and explain the teachings of Islam to them. Disclosure of communication skills is very important to them because it can help them to convey the teachings of Islam more effectively based on the principles and methods of da'wah that integrated with a communication approach either orally or non-verbally. In addition, preachers who use effective communication skills can create a conducive atmosphere with the target group. This study is a qualitative study using content analysis research design. The data was obtained through a document analysis approach related to the subject of study such as journals, thesis, conference papers and books. The data was analyzed thematically based on important items for this study that follow the objective of the study. In this regard, the study found some communication skills that can be practiced by muslim preachers when interacting with the Orang Asli. Among them are the skills of conveying an idea and message of da'wah to the Orang Asli clearly, effectively, and with full confidence using certain mediums such as oral and written; active listening skills and providing feedback; and the skill of making a clear presentation with confidence in accordance with the level of thinking of the Orang Asli. The study is seen to have an interest in stakeholders with da'wah activities to the Orang Asli in order to improve the competence of muslim preachers.

Published

2020-11-17