Dakwah Membina Kesejahteraan Hidup Masyarakat [Dakwah in Building Society Well-Being]

Authors

  • Abdul Ghafar Don Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Abu Dardaa Mohamad Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Ahmad Irdha Mohktar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Anuar Puteh Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Razaleigh Muhamat@Kawangit Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Khazri Osman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Mohamad Zulkifli Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Muhammad Faisal Asha’ari Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Zulkefli Aini Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Dakwah, al-khayr, islah, Well-being

Abstract

Dakwah adalah usaha-usaha islah dan memupuk nilai al-khayr dalam kehidupan manusia dan masyarakat. Usaha-usaha islah ini antara lain bolehlah ditafsirkan dalam konteks bertujuan membina kesejahteraan hidup masyarakat manusia. Perkataan Islam itu sendiri menunjukkan makna Islam agama sejahtera yang tujuannya mempromosi dan membina kesejahteraan hidup. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui dan menganalisis pendekatan dakwah dalam membina kesejahteraan masyarakat. Artikel ini menggunakan kaedah analisis dokumen dengan rujukan terhadap al-Qur’an, hadith dan lain-lain literatur berkaitan sebagai landasan memahami konsep kesejahteraan melalui pendekatan dakwah. Al-Qur’an sebagai sumber rujukan utama kepada prinsip dan pendekatan dakwah telah menekankan konsep kesejahteraan misalnya melalui elemen ‘salam’ (selamat/sejahtera), ‘islah (reformasi)’, ‘al-khayr’ (kebaikan), rahmatan li al-‘alamin (rahmat kepada seluruh alam) dan ‘al-birr’(kebajikan). Pendekatan mempromosi dan membina kesejahteraan ini dilaksanakan melalui medium dan agenda dakwah. Analisis kajian ini mendapati dakwah berperanan sebagai nadi yang mempromosi dan membina hidup masyarakat yang sejahtera melalui bimbingan agar manusia memahami dan mengamalkan Islam dalam kehidupan dengan baik dan sempurna seterusnya mendapat kebahagiaan dan kesejahteraan di dunia dan di akhirat. Objektif ini dapat dicapai melalui pendekatan meningkatkan tahap religiositi, memperkasa amal ibadat, membudayakan ilmu, pembinaan akhlak dan keluarga sakinah.

Dakwah is an islah (reformation) efforts and cultivating value of al-khayr (virtue) (Q, Ali ‘Imran 3:104) in human life and society. This effort of islah among others could be interpreted in the context of building community well-being. The word ‘Islam’ itself denotes its meaning as a religion of peace with the purpose of promoting well-being. The purpose of this study is to know and to analyse the approach of dakwah in building society well-being. This article uses document analysis methods with references to the Qur'an, hadiths and other related literature as a basis for understanding the concept of well-being through a da’wah approach. Al-Qur’an as the main source of reference for the principles and approaches of da’wah emphasises the concept of well-being for example through the elements of ‘salam’ (peace/prosperity), ‘islah’ (reformation), ‘al-khayr’ (vitue) and ‘al-birr’ (goodness) . The approach of promoting well-being is implemented through the medium and da’wah agenda. Hence, da’wah has the role as a backbone that promotes and builds society well-being by guiding the people to understand and practice Islam in their life with good and perfection in order to gain happiness and wellness in this worldly life and hereafter. These objectives can be achieved through approaches that increase the level of religiosity, strengthen the acts of worship, cultivate knowledge culture, inculcate morals and peacful family.

Published

2020-09-10