Toleransi Beragama dalam Filem Bajrangi Bhaijaan (2015) [Religious Tolerance in Bajrangi Bhaijaan Film (2015)]
Keywords:
Toleransi, Agama, Filem, Bajraangi BhaijanAbstract
Filem merupakan salah satu wasilah untuk menonjolkan toleransi beragama terhadap masyarakat majmuk di Malaysia. Toleransi agama merupakan perkara penting yang dibahaskan di peringkat global. Penyampaian melalui filem adalah sangat berkesan kepada masyarakat pada hari ini untuk menyampaikan sesuatu maklumat. Filem Bajrangi Bhaijaan merupakan satu fenomena yang tercetus antara dua buah negara yang bergolak. Filem ini sebenarnya telah mengangkat toleransi beragama di mata masyarakat. Penulis telah memfokuskan filem Bajrangi Bhaijaan di dalam kajian ini. Artikel ini dilakukan adalah untuk mengkaji bentuk-bentuk toleransi agama. Kedua adalah untuk meneliti bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaan. Ketiga adalah untuk menganalisis bentuk-bentuk toleransi agama di dalam filem Bajrangi Bhaijaan terhadap masyarakat Islam di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan menggunakan kaedah metodolgi kajian kepustakaan. Maklumat diperolehi menerusi rujukan ilmiah yang berkaitan dengan tajuk kajian seperti buku-buku, tesis, kertas kerja, surat khabar, artikel, internet, dan bahan-bahan lain yang sesuai dijadikan rujukan. Bahan-bahan tersebut diperolehi di Perpustakaan Tun Sri Lanang (UKM) dan Perpustakaan Fakulti Pengajian Islam (UKM). Hasil kajian akan menemukan bentuk toleransi antara filem Bajrangi Bhaijaan dan masyarakat Islam di Malaysia.
The film is one of the major issues in promoting religious tolerance towards the plural society in Malaysia. Religious tolerance is an important issue that is addressed globally. Presentation through the film is very effective in today's society to convey information. The Bhaijaan Bajrangi film is a phenomenon that sparks between two turbulent countries. The film has actually lifted religious tolerance in the eyes of the people. The author has focused on Bajrangi Bhaijaan film in this study. This article is to study the forms of religious tolerance. The second is to examine the forms of religious tolerance in Bajrangi Bhaijaan film. Third is to analyse the forms of religious tolerance in Bajrangi Bhaijaan film against Muslim society in Malaysia. The study was carried out using the methodology of literature study. Information is obtained through scientific references related to research titles such as books, theses, papers, newspapers, articles, the internet, and other suitable materials for reference. The materials were obtained at the Tun Sri Lanang Library (UKM) and the Library of Islamic Studies (UKM). The findings will find the tolerance form between the Bajrangi Bhaijaan film and the Muslim community in Malaysia.