Sorotan Literatur Sistematik Isu dan Cabaran Pengajaran al-Quran Murid Berkeperluan Khas [Systematic Literature Review on Issues and Challenges al-Quran of Pupils with Special educational Needs]

Authors

  • Rabiatuladawiyah Saleh
  • Mohd Nizam Sahad Universiti Sains Malaysia

Keywords:

Murid Berkeperluan Khas, Pembelajaran al-Quran, Isu dan Cabaran

Abstract

Al-Quran merupakan kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada semua umat Islam. Ia merangkumi semua aspek kehidupan orang Islam. Murid berkeperluan khas (MBK) juga tidak terlepas dari mempelajari al-Quran. Murid berkeperluan khas merupakan murid yang termasuk dalam golongan orang kelainan upaya. Kajian pembelajaran al-Quran dalam bidang pendidikan khas amat kurang dikaji. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengkaji dua aspek, isu dan cabaran yang dilalui oleh guru semasa mengajar murid berkeperluan khas. Sumber pencarian artikel yang diperolehi adalah secara atas talian daripada Jurnal Pendidikan Islam dan Jurnal Pendidikan al-Quran Sunnah dan Keperluan Khas (JQSS) dari pangkalan data Google Scholar dan Mendeley yang dirujuk adalah dari tahun 2013 sehingga tahun 2019. Data yang terkumpul dianalisis secara tematik menggunakan aplikasi Atlas Ti. Dapatan kajian mendapati terdapat lima isu dan cabaran yang dihadapi oleh guru dalam mengajar murid berkeperluan khas. Antaranya ialah kekurangan pengetahuan dalam mendidik MBK, teknik pengajaran dan kemahiran, tahap kesediaan guru, dan kekangan masa dalam pengajaran MBK. Kesimpulannya, semua agensi dan komuniti perlu memberi komitmen yang padu dalam memberikan pendidikan al-Quran untuk golongan orang kurang upaya. Dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa cadangan penambahbaikan bagi membantu pembelajaran al-Quran untuk MBK.

The al-Quran is a holy book that Allah has revealed to all Muslims. It covers all aspects of Muslim life. Students with special Needs (SSN) are also inseparable from learning the al-Quran. SSN are students who belong to a group of people with disabilities. The study of al-Quran in the field of special education is poorly studied. Therefore, this study aims to examine two aspects, issues and challenges that the teachers face when teaching SSN. The source for the articles obtained are available online from the Journal of Islamic Education and the Journal of al-Quran Sunnah Educations and Special Needs (JQSS) from the Google Scholar and Mendeley databases referenced from 2013 to 2019. The collected data were thematically analyzed using Atlas Ti application. This study found that there were five issues and challenges faced by the teachers in teaching SSN. Among them are the lack of knowledge in teaching SSN, teaching techniques and skills, the level of readiness of teachers teaching SSN and time constraints in teaching SSN. In conclusion, all agencies and communities need to give their strong commitment to providing al-Quran education for the disabled. It can be concluded that there are some suggestions for improvement to help the study of al-Quran for SSN.

Published

2020-05-29