Ilmu Bahasa Arab Menurut Perspektif Ibn Khaldun
Keywords:
Ibn Khaldun, kitab Muqaddimah, ilmu bahasa ArabAbstract
Keunggulan dan kehebatan Ibn Khaldun sebagai seorang tokoh ilmuwan banyak dibincangkan oleh tokoh-tokoh sarjana di Timur dan Barat dari pelbagai dimensi seperti sejarah, falsafah, politik, ekonomi, sosiologi dan pendidikan. Namun, bidang bahasa Arab tidak menjadi tujahan utama penulisan dan pengkajian mengenai Ibn Khaldun. Menurut Ibn Khaldun, terdapat empat jenis ilmu yang menjadi teras utama kepada bahasa Arab iaitu ilmu lughah (linguistik), ilmu nahu (tatabahasa), ilmu bayan (gaya bahasa), dan ilmu adab (kesusasteraan). Maka, pengkajian yang dilakukan ini merupakan suatu percubaan baharu untuk menyorot dan menganalisis sekitar hubung kait Ibn khaldun dengan ilmu bahasa Arab. Kajian ini berteraskan kaedah kualitatif berbentuk analisis kandungan. Sumber rujukan utama kajian ini ialah Kitab Muqaddimah Ibn Khaldun terbitan Dar al-Fikr, Bayrut tahun 1981. Dapatan kajian ini menunjukkan bahawa Ibn Khaldun mampu mengulas secara terperinci, tersusun dan mengikut turutan kronologi berhubung ilmu bahasa Arab menggunakan pendekatan sejarah. Dalam Kitabnya juga, Ibn Khaldun menyebut 13 nama tokoh Nahu dan 7 judul kitab Nahu yang terkemuka. Kajian ini penting khususnya kepada para pendidik, penyelidik dan pelajar yang terlibat dalam bidang bahasa Arab dalam memberi nilai tambah kepada kualiti PdP dan silibus.