Elemen dalam Kandungan Program Latihan dan Bimbingan kepada Pendakwah [Elements in the Content of Training Programmes and Mentorship for the Preacher]
Keywords:
dakwah, latihan, bimbingan, kontemporariAbstract
Pendakwah perlu dilengkapkan dengan pengetahuan yang terkini dan kemahiran semasa untuk menjadikan mereka relevan dan dakwahnya berkesan. Merasa cukup dengan ilmu dan kemahiran yang sedia ada membawa kepada kelemahan dalam pendekatan dan kekurangan dalam kandungan. Rasulullah dan para rasul yang terdahulu pun dilatih dan sentiasa dibimbing oleh Allah dalam melaksanakan urusan dakwah sehingga berjaya melaksanakan usaha dakwah dengan baik. Artikel ini membincangkan elemen penting dalam kandungan program latihan dan bimbingan untuk pendakwah. Ia dilakukan berdasarkan kepada kajian lepasan dalam bidang dakwah dan latihan serta hasil dari analisis terhadap bimbingan dan teguran Allah terhadap Rasulullah dan para Rasul. Artikel ini merumuskan tiga elemen kandungan yang perlu ada dan diseimbangkan dalam program latihan dan bimbingan iaitu ilmu, pembentukan sikap dan mengasah kemahiran. Pertama: Elemen ilmu ditekankan kerana kandungan dakwah terletak pada ilmu. Ia meliputi ilmu yang sedia ada dari pelbagai bidang dan pelbagai kaedah untuk mendapat pelbagai ilmu dalam persekitaran maya. Kedua: Elemen sikap ditekankan kerana ia merupakan cara untuk berhadapan dengan sasaran dakwah. Pendakwah perlu melengkapkan diri dengan sikap yang betul kerana sikap yang keras dan kasar akan memberi kesan kepada pendekatan dakwah. Ketiga: Elemen kemahiran penting kerana ia merupakan nilai tambah untuk melaksanakan dakwah dengan lebih berkesan. Ia juga lebih menarik perhatian sasaran dakwah dan membantu mereka dalam kehidupan. Ketiga-tiga perkara ini perlu ada dan diseimbangkan dalam kandungan latihan dan bimbingan kepada pendakwah. Dalam masa yang sama, pendakwah pula supaya melengkapkan diri untuk pengetahuan yang terkini dan kemahiran semasa dalam melaksanakan usaha dakwah dengan lebih berkesan.
Preachers have to be equipped with the latest knowledge and current skills to make them relevant and effective. Feel good enough with existing knowledge and skills leads to weaknesses in approach and inadequate content. The Prophet Muhammad and all Messengers were well trained and guided by Allah in carrying out the work of da’wah and thus successfully in carrying out their duties. This article discusses important elements in the content of training programmes and mentorship for preachers. It is based on past studies in the field of both da’wah and training as well as stemmed from analysis of mentorships and reprimand from Allah to the Prophet and all Messengers. This article summarizes three elements of content that should be present and balanced in training programme and mentorship namely knowledge, attitude building and skills development. First: The element of knowledge is a main concern because the content of da’wah is based on knowledge. It covers existing knowledge from various fields and various methods for acquiring knowledge in a virtual environment. Second: The element of attitude is emphasized as it is a way of dealing with the target group of da’wah. Preachers have to equip themselves with the right attitude because hard and rude attitudes will affect their approach in da’wah. Third: The element of skill is important as it is an added value to perform da’wah more effectively. It also draws attention to the target of da’wah and helps them. These three things must be present and balanced in the content of training programme and mentorship to the preacher. At the same time, the preacher should be equipped with the latest knowledge and current skills in carrying out da’wah effectively.