Konsep Interaksi Kekeluargaan Mualaf dengan Ibu Bapa Bukan Muslim Menurut Syarak [The Concept of Family Interactions Between Mualaf and Non Muslim’s Parents According to Syarak]
Keywords:
interaksi kekeluargaan, mualaf, syarak, tanggungjawabAbstract
Konteks hubungan kekeluargaan terjadi disebabkan suatu kelompok unit sosial yang melibatkan ibu bapa dengan anak-anak dalam menghasilkan proses interaksi atau komunikasi. Namun begitu, amalan memeluk Islam lazimnya mencetuskan stigma tentang kelangsungan hubungan kekeluargaan mualaf dengan ibu bapa bukan Muslim. Ramai yang menganggap bahawa apabila salah seorang memeluk Islam, maka terputus hubungan kekeluargaan bersama keluarga asal mereka. Artikel ini bertujuan mengkaji hubungan interaksi kekeluargaan mualaf dengan ibu bapa bukan Muslim menurut syarak dan membincangkan kewajipan seorang mualaf terhadap ibu bapa bukan Islam. Metodologi kajian ialah analisis dokumen berdasarkan nas al-Qur’an, al-Sunnah dan kajian lalu. Data terkumpul dianalisis secara diskriptif dan dipersembahkan mengikut tema berkaitan. Hasil kajian mendapati seseorang mualaf wajib melaksanakan tuntutan tanggungjawab sebagai seorang anak terhadap kedua ibu bapa di samping turut mengekalkan hubungan interaksi kekeluargaan yang baik dan berterusan seperti yang telah ditetapkan oleh syarak. Tuntutan tanggungjawab seorang anak terhadap kedua ibu bapa menurut syarak adalah seperti tanggungjawab menghormati dan menyayangi, tanggungjawab menziarahi, tanggungjawab memberi nafkah dan tanggungjawab menghadiri upacara pengebumian selagi tidak bertentangan dengan Islam. Implikasi perbincangan menunjukkan keperluan mendidik masyarakat bahawa memeluk agama Islam bukan bermaksud terputus hubungan kekeluargaan yang berlainan agama.
The context of family relationship occurs because of groups of social units that involve parents and children in the process of interacting or communicating. However, the practice of converting to Islam has often triggered a stigma regarding the continuation of the family relationship with non-Muslim parents. Many considers that when one converts to Islam, they lose family relationships with their families. This article aims to study the relationship of the family's relationship with non-Muslim parents according to Islamic law and discuss on mualaf’s responsibilities toward his non-muslim parents. The methodology of this study is analysis of documents based on the Qur'an, the Sunnah and previous studies. Collected data were analysed descriptively and presented according to it related themes. The results show that a person must fulfil the demands of responsibility as a child to both parents while also maintain good and ongoing family interaction as established by Islamic law. The demands of a child's responsibility to both parents in accordance with the Islamic law are such as respecting and loving, visiting, giving maintenance, attending funerals. The implication of this study shows the needs to educate society that conversion to Islam is not meant to cut off their family ties.