Mesej Akidah dan Syariah dalam Komunikasi Dakwah Orang Asli Muslim di Selangor [The Messages of Akidah and Syariah in Da’wah Communication to the Muslim Orang Asli in Selangor]

Authors

  • Zulkefli Aini Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nur Uswah Ahmad Fauzi

Keywords:

Akidah, Syariah, Orang Asli, Pendakwah, Penghayatan Agama

Abstract

Kajian lepas menunjukkan tahap penghayatan ajaran Islam dalam kalangan Orang Asli muslim masih rendah. Keadaan ini disebabkan mereka kurang berpengetahuan tentang perkara-perkara asas dalam ajaran Islam seperti akidah dan syariah. Oleh itu, kajian ini menganalisis topik-topik akidah dan syariah dalam pengetahuan Orang Asli yang dibincangkan bersama pendakwah. Data diperolehi daripada temubual mendalam bersama sembilan orang pendakwah yang aktif berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di Selangor. Kajian mendapati topik-topik akidah meliputi perkara-perkara tertentu dalam rukun iman, iaitu kepercayaan kepada Allah, kepercayaan kepada hari akhirat dan kepercayaan kepada qada’ dan qadar. Manakala topik-topik syariah adalah berkaitan dengan fekah ibadah, iaitu bersuci, solat, puasa, zakat dan haji; fekah muamalah, iaitu jual beli; dan fekah munakahat, iaitu perkahwinan dan perceraian.

Previous studies show that the level of appreciation of Islam among Muslim Orang Asli is still low. Among the factors that cause this to occur is their own weak effort to deepen their knowledge in Islam such as in akidah (Islamic faith) and syariah (Islamic laws). Accordingly this study aims to analyze specific topics of akidah and syariah within the paradigm of knowledge among the Orang Asli which were discussed with Muslim preachers. The data was collected through in-depth interview technique involving nine preachers were active in da`wah activity to the Orang Asli community in Selangor. The study found that the topics of akidah frequently raised by the Orang Asli is concerned about belief in Allah, belief in Malaikat, and belief in Qada' and Qadar. Meanwhile, the topics of syariah were focused by them were on fiqh Ibadah (such as performing solat, fasting, zakat and hajj), fiqh muamalah (such as transactions between seller and purchaser) and fiqh munakahat (such as marriage and divorce).

Published

2020-05-04