Persepsi Guru terhadap Penggunaan Peta Pemikiran I-Think dalam Pengajaran Pendidikan Islam [Perception of The Use of i-Think Thoughts Map in Islamic Education Teaching]
Keywords:
Peta Pemikiran i-Think, persepsi penggunaan berkesan, persepsi mudah guna, guruAbstract
Artikel ini membincangkan tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna guru terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam proses pengajaran di sekolah. Dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti, unsur-unsur dalam kemahiran berfikir aras tinggi harus digunakan bersesuaian dengan tahap kognitif murid. Artikel ini menjelaskan dapatan kajian berkaitan tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna guru-guru Pendidikan Islam terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam pengajaran mereka. Kajian ini menggunakan satu set borang soal selidik yang diberikan secara rawak kepada 103 orang guru Pendidikan Islam yang mengajar di sekolah-sekolah menengah di Terengganu. Data dianalisis secara deskriptif bagi mencari taburan kekerapan, peratusan dan min. Ujian t juga dijalankan untuk melihat perbezaan antara jantina. Hasil kajian ini telah mendapati guru SMK mempunyai tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna yang tinggi terhadap penggunaan peta pemikiran dalam proses pengajaran secara umum dengan nilai purata min 8.42 (persepsi penggunaan berkesan) dan nilai purata min 7.29 (persepsi mudah guna). Kajian ini juga mendapati tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap persepsi penggunaan berkesan dan persepsi mudah guna terhadap penggunaan peta pemikiran i-Think dalam kalangan guru berdasarkan jantina. Justeru, perbincangan melalui kajian empirikal ini diharapkan dapat memberi pemahaman kepada pelbagai pihak tentang kesan penggunaan peta pemikiran i-Think bagi mewujudkan proses pengajaran dan pembelajaran abad ke-21 yang bermakna dan membantu kepada kemenjadian murid.
This article discusses the perceived of use and perceived ease of use of teachers against the use of thinking maps i-Think in teaching in schools. In carrying out the process of teaching and learning quality, elements in higher-order thinking skills must be used in accordance with the cognitive level of students. This article describes the findings related to the perceived of use and perceived ease of use of teachers of Islamic education on the use of thinking maps i-Think in their teaching. This study used a set of questionnaire given randomly to 103 Islamic Education teachers who teach in secondary schools in Terengganu. Data were analyzed descriptively to find frequency, percentage and mean. T tests were also carried out to look at the differences between the sexes. The results of this study have been found to have levels of vocational teachers and behavior towards the use of mind maps in teaching in general with mean value 8.42 (perceived of use) and the mean value 7.29 (perceived ease of use). The study also found no significant differences in the perceived of use and perceived ease of use of the map i-Think thoughts among teachers based on gender. Thus, the discussion through empirical study is expected to provide an understanding of the various parties on the effect of the use of thinking maps i-Think to create teaching and learning 21st century meaningful and helpful to student outcomes.