Kajian Rintis Instrumen Soal Selidik Keefektifan kerja Dakwah Non-Governmental Organization (NGO) kepada Mualaf [Pilot Study of Instrument Questionnaire for Effectiveness Dakwah Activities of Non-Governmental Organization (NGO) to Mualaf]

Keywords:

Keberkesanan, Aktiviti Dakwah, Non-Governmental Organization (NGO), Mualaf

Abstract

Penyelidikan ini bertujuan untuk menguji ketekalan pembinaan instrumen soal selidik terhadap kajian bertajuk Keberkesanan Aktiviti Dakwah Non-Governmental Organization (NGO) kepada Mualaf di Malaysia. Secara khususnya, kajian ini mengutarakan tiga permasalahan kajian iaitu kefahaman mualaf terhadap agama Islam, taraf hidup mualaf dan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Objektif kajian ini adalah mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah NGO dalam memberi kefahaman Islam kepada mualaf di Malaysia, mengkaji keberkesanan aktiviti dakwah NGO dalam meningkatkan taraf hidup mualaf di Malaysia dan menganalisis keberkesanan aktiviti dakwah NGO dalam meningkatkan kualiti pendidikan mualaf di Malaysia. Penyelidikan ini menggunakan metodologi kajian kuantitatif dengan reka bentuk kajian tinjauan dan dianalisis menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) dengan jumlah responden kajian (RK) 35 orang sebagai sampel kajian. Hasil kajian mendapati, instrumen yang digunakan boleh dipercayai kerana mencapai nilai pekali Alpha Cronbach antara 0.838 hingga 0.953 berada pada tahap tinggi dan sangat tinggi. Seterusnya, kajian ini memberi implikasi penting kepada mualaf, individu, keluarga, masyarakat, ilmu dan organisasi Islam yang berteraskan dakwah kepada mualaf.

The purpose of this research is to test the consistency of the instrument of inquiry towards a study entitled The Effectiveness of Non-Governmental Organization’s (NGO’s) Da’wah Activity to Mualaf in Malaysia. In particular, this research show three issues of study about Islamic understanding of Islam, quality of life and quality of education for mualaf in Malaysia. The objective of this study is to study the effectiveness of NGO’s da’wah activities in providing Islamic knowledge to mualaf in Malaysia, to examine the effectiveness of NGO’s da’wah activities in improving the quality of life for mualaf in Malaysia and to analyze the effectiveness of NGO’s da’wah activities in improving the quality of education for mualaf in Malaysia. This research used a quantitative research methodology with a survey design and analyzed using the Statistical Package for Social Science (SPSS) with a total number of 35 survey respondents (SR) as the study sample. The result showed that the instrument used was reliable because it achieved the measurement of Cronbach Alpha from 0.838 to 0.953 at the high and highest level. Going forward, this study has important implications for the mualaf, individuals, families, communities, knowledge and Islamic organization based on da’wah to mualaf.

Published

2020-03-29