Isu dan Cabaran Saudara Kita di Jabatan Agama Islam Sarawak [Issues and Challenges Mualaf in the Sarawak Islamic Religious Department]

Authors

  • Kamarulzaman Kawi
  • Nur A’thiroh Masyaa’il Tan @ Tan Ai Pao Abdullah @ Tan

Keywords:

Saudara Kita, Unit Kemajuan Saudara Kita, Jabatan Agama Islam Sarawak

Abstract

Pertambahan bilangan saudara kita saban tahun adalah sesuatu yang positif terhadap kebenaran agama Islam serta menunjukkan kejayaan usaha dakwah terhadap golongan bukan Islam. Walaubagaimanapun, keputusan saudara kita memilih Islam membawa bersama cabaran dan permasalahan yang perlu dihadapi dan ditangani dengan sebaik-baiknya. Keperluan memahami cabaran dan permasalahan saudara kita perlu dititikberatkan bagi mengelakkan berlakunya kesan buruk dalam kehidupan saudara kita hingga akhirnya boleh menjejaskan pegangan akidah mereka terhadap Islam. Objektif kajian ini adalah untuk menganalisis isu dan cabaran yang dihadapi oleh saudara kita di Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS). Kajian ini dijalankan menggunakan metodologi kualitatif, iaitu melalui instrumen analisis dokumen dan temu bual terhadap 15 orang peserta kajian yang terdiri daripada saudara kita dan pegawai-pegawai di Unit Kemajuan Saudara Kita (UKSK), Bahagian Dakwah, JAIS. Hasil kajian mendapati saudara kita menghadapi isu dan cabaran dari sudut ekonomi, penyesuaian diri dengan agama Islam, tekanan keluarga, persepsi dan penerimaan masyarakat, masalah perkahwinan dan perceraian serta rasa terasing dan rendah diri. Dapatan kajian ini akan dapat membantu Jabatan Agama Islam Sarawak, badan-badan dakwah khususnya yang terlibat dengan pengurusan serta dakwah saudara kita dan masyarakat secara keseluruhannya agar saudara kita ini dapat disantuni dengan sebaik-baiknya.

The growing number of mualafevery year is something positive of the truth of Islam and show the success of propaganda against non-Muslims. However, the results of mualaf choose to bring along challenges and problems that must be faced and dealt with as well as possible. The need to understand the challenges and problems of mualaf should be emphasized in order to avoid adverse effects on the lives of mualaf and eventually they may affect the faith of Islam. The objective of this study was to analyze the issues and challenges faced by mualaf in the Islamic Religious Department (JAIS). This study was conducted using a qualitative methodology, namely through the instrument of document analysis and interviews of 15 participants ranging study of sisters and officials in Unit Kemajuan Saudara Kita (UKSK), Da'wah Division, JAIS. The results showed that mualaf face the issues and challenges of the economy, the adjustment to the Islamic religion, family stress, perception and public acceptance, marital problems and divorce as well as the sense of isolation and low self-esteem. The findings of this study will help the Sarawak Islamic Religious Department, especially missionary agencies involved in the management and propagation of mualaf and sisters of the community as a whole so that we can put our best.

Published

2020-03-27