Sejarah Ketenteraan Tuluniyyah di Mesir Era Amir Ahmad ibn Tulun (254-270H/868-884M)

Authors

  • Zamri Ab Rahman
  • Ezad Azraai Jamsari

Keywords:

Kerajaan Tuluniyyah, Kerajaan ‘Abbasiyyah, Islam di Mesir abad ke-9M, sejarah ketenteraan, Ahmad ibn Tulun

Abstract

Aspek ketenteraan begitu signifikan bagi memelihara kestabilan dan keutuhan sesebuah kerajaan. Dengan erti kata lain, sesebuah negara yang dikatakan kukuh dan disegani oleh kawan dan lawan perlu mempunyai angkatan tentera yang kuat dan mantap dari segi persenjataan selain daripada pengukuhan aspek politik, ekonomi dan sosial. Antara kerajaan Islam tersohor yang berjaya memanipulasikan elemen kekuatan ketenteraan ini sehingga menjadikan kerajaan tersebut berada dalam kelas tersendiri ialah Kerajaan Tuluniyyah di Mesir, khususnya ketika pada era pemerintahan pengasasnya Amir Ahmad ibn Tulun (254-270H/868-884M). Objektif kajian ini adalah untuk meneliti sejarah ketenteraan Ibn Tulun yang telah dilaksanakan oleh beliau sehingga berjaya menjadikan kerajaannya begitu disegani oleh pihak musuh mahupun pasukan sahabat. Penulisan ini bersifat kajian kualitatif dengan pengaplikasian reka bentuk kajian sejarah. Kajian ini menggunakan metode dokumentasi sebagai kaedah pengumpulan data dengan memfokuskan pada beberapa sumber primer dan juga sekunder. Manakala bagi kaedah analisis data, kajian ini menggunakan metode deskriptif menerusi analisis kandungan dan interpretasi sumber berdasarkan tafsiran sejarah. Dapatan kajian ini menghujahkan bahawa Ibn Tulun berjaya meletakkan penanda aras terhebat dalam sejarah pemerintahan Islam di Mesir pada abad ke-9M apabila kekuasaan beliau meluas dari Sham hingga ke sempadan Iraq di sebelah Timur dan Libya di sebelah Barat. Kemuncak kejayaan Ibn Tulun ialah apabila Mesir dan Sham berjaya dimerdekakan sepenuhnya daripada kekuasaan Kerajaan ‘Abbasiyyah yang berpusat di Baghdad ketika itu.

Published

2019-05-05