Gejala Mak Nyah: Sorotan Awal Kajian dari Sudut Perspektif Islam

  • Nurul Syahira Mohamed
  • Fadlan Mohd Othman
  • Latifah Abd Majid
Keywords: Mak Nyah, Gejala, mukhannath, Shemale

Abstract

Dalam era globalisasi dan dunia tanpa sempadan ini isu mak nyah bukanlah satu perkara baru dalam kalangan masyarakat. Isu ini telah menjadi topik yang hangat untuk dibincangkan di Malaysia. Masalah moral ini semakin membimbangkan apabila golongan ini sudah berani tampil dengan identiti tersendiri di khalayak umum. Gejala mak nyah ini menular tanpa mengira kelompok dan lapisan masyarakat. Isu yang melibatkan gender ini menjadi semakin melonjak naik akibat daripada kepesatan pembangunan dan kecanggihan teknologi seperti facebook, instagram dan sebagainya yang telah mempopularkan fenomena ini. Rentetan daripada isu ini, permasalahan ini perlu diambil perhatian oleh semua pihak supaya perkara ini dapat dibendung bersama. Justeru, artikel ini berkisar tentang hukum lelaki menyerupai perempuan secara dasarnya. Sebagai pembukaan kepada perbincangan ini, penjelasan terhadap konsep mukhannath dan khuntha turut dinyatakan. Tujuan dua konsep ini dibincangkan untuk membezakan antara golongan khuntha yang dilahirkan mempunyai dua kemaluan dengan golongan lelaki yang sengaja ingin menjadi perempuan. Kajian juga menjelaskan tentang fenomena mak nyah dan petunjuk sunnah dalam mendepani golongan mak nyah ini.

Published
2019-09-04