Air Menurut Perspektif Syariah dan Keistimewaannya Sebagai Citra Mukjizat Rasulullah SAW

  • Faiznur Fatin Ishak
  • Ibnor Azli Ibrahim
Keywords: Syariah, Air, Mukjizat, citra, Rasulullah

Abstract

Keperluan dunia terhadap air melebihi keperluan kepada perkara lain. Ini kerana, air merupakan sumber kehidupan bagi setiap yang hidup dan bernyawa. Kemakmuran dunia dari sudut makanan dan pembangunan juga adalah berasaskan air. Lantaran itu aset dunia yang amat penting ini perlu dipelihara. Sains dan Islam mempunyai pandangan tersendiri terhadap air, malah air telah diangkat menjadi salah satu citra mukjizat Rasulullah s.a.w. Kajian ini akan melihat secara dekat perspektif sains dan Islam terhadap air dan merungkai rahsia pemilihan air sebagai citra mukjizat Rasulullah s.a.w. Kajian ini menggunakan metode kajian perpustakaan sepenuhnya dengan mengumpul data berkaitan air dari sumber primer dan sekunder kemudian dianalisis untuk mendapatkan gambaran yang jelas mengenai perspektif sains dan syarak mengenai air. Analisis tafsir terhadap hadis-hadis mukjizat Rasulullah s.a.w yang berkaitan air juga turut dibuat untuk mendapatkan lojika air sebagai citra mukjizat. Kajian ini mendapati bahawa sains dan Islam mengambil berat terhadap air. Sains memberikan tumpuan kepada proses kejadian air secara tabii dan penjelasan saintifik manakala Islam menceritakan proses penciptaannya yang berkait dengan ketuhanan. Kajian ini juga mendapati bahawa kepentingan air dalam kehidupan adalah manifestasi pemilihannya sebagai salah satu citra mukjizat.

Published
2019-08-27