Penerapan Model Pembelajaran Numbered Head Together di Sekolah Rendah Wilayah Aceh Barat

  • Ropisa
  • Rahimah Embong
Keywords: Penerapan, Model Pembelajaran Numbered Head Together (NHT), hasil belajar

Abstract

Pembelajaran merupakan satu unsur penting untuk mencapai keberhasilan dalam pengajaran. Proses transformasi ilmu pengetahuan serta nilai berlaku dalam proses pembelajaran itulah terjadi. Di samping itu juga, interaksi antara guru dengan murid turut berlaku dalam proses tersebut bagi pihak guru mengenali secara langsung karakteristik serta potensi yang dimiliki murid. Kekurangan hasil pembelajaran murid terhadap bahan pengajaran adalah disebabkan oleh pelbagai faktor seperti kekurangang aktiviti murid semasa pengajaran. Ini kerana murid tidak bermotivasi untuk melalui proses pembelajaran dan guru mengajar dengan menggunakan kaedah yang dapat membuat murid merasakan ketepuan. Penerapan model pembelajaran koperatif Numbered Head Together (NHT) dipercayai dapat meningkatkan pengetahuan dan hasil belajar murid. Kajian ini bertujuan untuk mengukur peningkatan tahap pencapaian hasil belajar murid terhadap subjek Sains dengan menggunakan model tersebut, di samping mencadangkan model yang boleh di terapkan secara berkesan terhadap pencapaian murid di sekolah rendah. Kajian ini menggunakan pendekatan kaedah kuantitatif dengan pensampelan seramai 143 murid dari empat sekolah rendah di wilayah Aceh Barat. Data dianalisis dengan menggunakan SPSS V.20 untuk mencapai objektif kajian. Dapatan kajian ini menunjukkan terdapat peningkatan dalam hasil belajar murid, yang dapat dilihat daripada hasil skor yang membuktikan nilai min pada ujian pre-test yang jauh berbeza dengan min pada ujian post-test. Nilai min pada ujian post-test ialah lebih tinggi daripada nilai min pada ujian pre-test. Hasil analisis tindak balas murid kepada model pembelajaran koperatif jenis NHT dapat menghujahkan bahawa murid memberi respons yang amat baik dengan hasil analisis tindak balas murid pada setiap item.

Published
2019-05-05