Gambaran Sikap Positif Masyarakat Melayu dan Arab Melalui Peribahasa

  • Noor Syafiqah Ahamadi Palah
  • Suhaila Zailani @ Ahmad
Keywords: sikap masyarakat, akhlak, peribahasa

Abstract

Gambaran sikap merupakan cara manusia meluahkan rasa yang terpendam sama ada secara langsung atau kiasan. Namun sikap sesetengah pihak tidak mencerminkan peribadi sebagai seseorang yang berilmu dan beragama sehingga menjuruskan diri ke arah kejahatan. Oleh itu, kajian dilakukan bertujuan mengesan gambaran sikap masyarakat melalui peribahasa Melayu dan Arab dalam Kamus Peribahasa Melayu-Arab-Inggeris (KPMAI). Di samping mengenal pasti peribahasa berkaitan sikap positif dan negatif. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pensampelan bertujuan. Dapatan kajian menunjukkan peribahasa perlu digunakan sebagai medium yang efektif dalam mendidik generasi muda sekaligus menjadikan elemen akhlak sebagai unsur mentarbiahkan diri sendiri dan masyarakat lain.

Published
2019-05-06