Pendidikan di Selangor Era Sultan Alauddin Sulaiman Shah (1887-1938): Sorotan Literatur

Authors

  • Siti Kamilah Mohd Fauzi
  • Izziah Suryani Mat Resad @ Arshad

Keywords:

Sultan Sulaiman, pendidikan Islam, vokasional, vernakular, Selangor

Abstract

Perkembangan pendidikan agama di Selangor adalah berpusatkan di rumah ulama, surau dan masjid-masjid. Ia mengalami perubahan pasca kedatangan British. Dalam hal ini, Sultan Selangor turut memainkan peranan dalam perkembangan pendidikan Islam. Kemuncak kepada perkembangan pendidikan di Selangor boleh dilihat semasa era pemerintahan Sultan Alauddin Sulaiman Shah, sultan Selangor kelima. Justeru, kajian ini bertujuan untuk mengkaji perkembangan pendidikan di Selangor era Sultan Sulaiman sejak pemerintahan baginda sebagai raja muda Selangor hingga kemangkatan baginda. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif menerusi kajian kepustakaan terhadap bahan-bahan mengenai pendidikan di Selangor khususnya era Sultan Sulaiman Shah. Hasil kajian menunjukkan pendidikan di Selangor semasa era baginda tidak terfokus kepada perkembangan pendidikan Islam sahaja. Bahkan pendidikan lain seperti vernakular dan vokasional untuk anak-anak Selangor juga berkembang pesat.

Published

2019-05-06