Penguasaan Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) dalam Memahami Fungsi Pola Imbuhan Bahasa Arab [Level of Proficiency Among Students Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) in Understanding Affixation in Arabic Language]

Authors

  • Tuan Nur Afifah Tuan Omar Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Suhaila Zailani @ Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Proficiency, understanding, function, affixation, Arabic Morphology Diagnostic Test (AMDT)

Abstract

Penguasaan Bahasa Arab yang lemah dalam kalangan pelajar bermula dengan kurangnya penekanan beberapa tajuk penting dalam morfologi Arab. Tajuk pola imbuhan merupakan salah satu tajuk yang sangat penting dalam penguasaan morfologi Arab. Penguasaan dalam tajuk ini dapat membantu pelajar memahami dan menguasai bahasa Arab dengan lebih baik. Artikel ini bertujuan mengukur tahap penguasaan pelajar dalam memahami fungsi pola imbuhan menerusi Ujian Diagnostik Morfologi Arab (UDMA). Kajian ini merupakan kajian lapangan yang melibatkan enam buah SMKA terpilih bagi mewakili lima zon di Malaysia. Kajian melibatkan responden seramai 539 pelajar Tingkatan 5. Data utama diperoleh melalui instrumen Ujian Diagnostik Morfologi Arab. Soalan berkaitan fungsi pola imbuhan diuji di bahagian keempat dalam UDMA. Dapatan kajian menunjukkan tahap penguasaan morfologi Arab bagi majoriti pelajar di SMKA berada di tahap sederhana. Manakala bahagian keempat merupakan bahagian yang kurang dikuasai oleh pelajar. Kajian ini diharap dapat membantu para guru untuk merancang dan memilih kaedah pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan tahap  penguasaan  pelajar.

The weak proficiency of Arabic Language among students begins with the less emphasis on some of the important topics in Arabic morphology. Affixation is one of the most important topics in the proficiency of Arabic morphology. This topic can help students understand Arabic language better. The purpose of this article is to measure the proficiency level of students in understanding affixation through the Arabic Morphology Diagnostic Test. This research is a field research involving six selected SMKA school which represents five zone in Malaysia. It involves 539 respondents from form five students. The main data is obtained through Arabic Morphology Diagnostic Test instrument(AMDT). Questions regarding the function of affixation is tested on the fourth section in AMDT. The research shows the proficiency level of Arabic Morphology on majority of the students in SMKA is at medium level. Meanwhile, the fourth section is a section that is less mastered by the students. This research is meant to help the teachers to plan and choose the suitable teaching and learning methods with their students' mastery level.

Published

2020-11-11