Taqwiyah al-Hadith: Satu Kajian dalam Kitab Fada’il Shahr Ramadan

Authors

  • Mohd Nor Adli Osman
  • Muhammad Aidil Zali
  • Azmir Alim
  • Muhamad Rozaimi Ramle
  • Roshimah Shamsudin

Keywords:

Hadith da‘if, hasan li ghayrihi, Fada’il Shahr Ramadan

Abstract

Asasnya, hadith da‘if terbahagi kepada dua bahagian iaitu, da‘if yang berat dan da‘if yang ringan. Adapun hadith yang boleh diangkat kepada martabat yang lebih baik adalah da‘if yang ringan. Untuk mengenal pasti sama ada ianya adalah hadith da‘if yang berat atau hadith da‘if ringan, para ilmuwan hadith telah menetapkan disiplin untuk mengkategorikan pembahagian tersebut. Penulisan ini bertujuan untuk melihat antara contoh riwayat da‘if di dalam kitab Fada’il Shahr Ramadan boleh diangkat kepada martabat yang lebih baik. Di samping itu juga, penulisan ini bertujuan untuk melihat bagaimana untuk berinteraksi dengan riwayat-riwayat yang telah dinilai sebagai da‘if. Penulisan ini mengaplikasikan kaedah kualitatif dengan menganalisis dokumen yang berkaitan dengan penulisan ini. Hasil kajian ini mendapati hadith-hadith da‘if ringan yang terdapat di dalam kitab yang ditulis oleh Ibn Shahin boleh diangkat ke martabat hasan li ghayrihi kerana terdapat shawahid dan juga mutaba‘at pada kitab-kitab yang lain. Ilmu ini mempunyai kepentingan supaya dapat memandu diri dalam berinteraksi dengan riwayat-riwayat da‘if dan juga dapat mengetahui kedudukan riwayat-riwayat da‘if di dalam kitab Fada’il Shahr Ramadan.

Published

2019-05-05