Kajian Literatur Maf‘ul Mutlaq [Literature Review of Maf‘ul Mutlaq]

Authors

  • Zafirah Hanisah Abdul Karim
  • Hakim Zainal
  • Suhaila Zailani @ Ahmad Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Bahasa Arab, Maf‘ulat, Maf‘ul Mutlaq

Abstract

Berdasarkan kajian-kajian lepas, sintaksis Arab merupakan antara subjek yang sukar dikuasai oleh pelajar khususnya pelajar Melayu. Ini kerana terdapat perbezaan antara sintaksis bahasa Melayu dan bahasa Arab. Antara topik sintaksis yang rumit dalam pembelajaran bahasa Arab ialah maf‘ul mutlaq. Maf‘ul mutlaq adalah antara pecahan tajuk kata nama akusatif (mansubat) di bawah gugusan maf‘ulat. Selain maf‘ul mutlaq, kajian jenis maf‘ulat yang lain seperti maf‘ul bih, maf‘ul ma‘ah, maf‘ul fih dan maf‘ul li ajlih juga ada dijalankan. Ayat maf‘ul mutlaq ini mempunyai tiga tujuan; iaitu sama ada sebagai kata penguat, menerangkan jenis perbuatan, atau menunjukkan bilangan. Artikel ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan maf‘ul mutlaq untuk menelusuri siri kajian yang telah dijalankan dan melihat kelompangan kajian yang ada. Kajian ini adalah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah analisis dokumen. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan kajian lepas berkaitan dengan konsep maf‘ul mutlaq itu sendiri dengan menjadikan ayat-ayat al-Quran dan kitab-kitab Arab terdahulu sebagai korpus kajian.

Based on previous studies, Arabic syntax is among the difficult subject is dominated by students, especially Malay students. This is because there is a difference between the syntax of Malay and Arabic. Among the topics are complex syntax in learning Arabic is maf'ul mutlaq. Maf'ul mutlaq is between fractions title masculine accusative (mansubat) under maf'ulat cluster. Maf'ul mutlaq addition, studies of other maf'ulat like maf'ul bih, maf'ul Ma'ah, maf'ul li fih and maf'ul ajlih also be carried out. sentence maf'ul mutlaq has three objectives; ie either as an amplifier, describing the type of act, or show the number. This article discusses previous studies related to maf'ul mutlaq to discover a series of studies that have been carried out and saw a gap in the existing research. This study is a qualitative study using the method of document analysis. The study found that most previous studies related to the concept itself with maf'ul mutlaq made verses of the Quran and the Arabic texts prior to study corpus.

Published

2020-02-21