Cabaran Fatwa dalam Menghadapi Produk Makanan Semasa [Challenges of Fatwa in Regulation Contemporary Food Products]
Keywords:
Fatwa kontemporari, produk makanan halal, tekanan industri, pelabelan produk import, teknologi makanan baharu Contemporary fatwa, halal food products, industrial pressure, imported product labelling, new food technologiesAbstract
Kemajuan industri makanan dan peningkatan permintaan terhadap produk halal telah menjadikan Malaysia antara peneraju global dalam pensijilan halal. Namun, dengan perkembangan ini dapat membawa kepada pelbagai cabaran institusi fatwa dalam mengeluarkan panduan hukum terhadap isu produk makanan semasa dengan teliti dan telus. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis cabaran utama yang dihadapi oleh institusi fatwa dalam menghadapi isu produk makanan semasa dan menyediakan cadangan penyelesaian yang bersesuaian dan praktikal. Kajian ini meneliti tiga cabaran utama yang dihadapi, iaitu tekanan industri dan globalisasi, isu pelabelan dan produk import, serta kemunculan teknologi dan inovasi makanan baharu. Ketiga-tiga cabaran ini memerlukan institusi fatwa untuk bertindak lebih responsif dan inklusif dalam menghadapi isu hukum yang kompleks dan teknikal dalam suatu produk makanan tersebut. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif dengan menganalisis dokumen, fatwa, akhbar, dan sumber ilmiah terkini. Dapatan kajian ini mendapati bahawa keperluan kepada pendekatan ijtihad kolektif antara-disiplin yang melibatkan pakar syariah, golongan pakar dalam bidang makanan, penggiat industri dan wakil pengguna Muslim. Selain itu, memantapkan garis panduan halal sementara (interim), semakan berkala terhadap fatwa sedia ada, penggunaan teknologi pemantauan halal secara langsung, serta pendidikan berterusan kepada masyarakat dan pihak industri perlu dipertingkatkan. Pendekatan ini diyakini dan diharapkan dapat mempertahankan integriti dan kredibiliti institusi fatwa, di samping memelihara maslahat umat Islam dalam aspek pemakanan. Tuntasnya, pengeluaran fatwa dalam isu makanan kontemporari perlulah sentiasa berpaksikan kepada prinsip maqasid syariah agar ia kekal relevan, diyakini dan menyumbang kepada tadbir urus halal yang berkesan.
The growth of the food industry and increasing demand for halal products have positioned Malaysia as one of the global leaders in halal certification. However, this development also presents various challenges to fatwa institutions in issuing legal rulings on contemporary food products with accuracy and transparency. The main objective of this study is to analyse the key challenges faced by fatwa institutions in addressing contemporary food issues and to propose appropriate and practical solutions. This study identifies three major challenges: industrial pressure and globalization, issues related to food labelling and imported products, as well as the emergence of new food technologies and innovations. These challenges require fatwa institutions to be more responsive and inclusive in dealing with complex and technical food-related legal issues. The study adopts a qualitative approach by analysing documents, fatwas, news reports, and recent scholarly sources. The findings reveal the need for a multidisciplinary collective ijtihad approach that involves syariah scholars, food science experts, industry players, and representatives of Muslim consumers. In addition, strengthening interim halal guidelines, conducting periodic reviews of existing fatwas, utilising real-time halal monitoring technologies, and promoting continuous education for both the public and industry stakeholders are also essential. This approach is expected to uphold the integrity and credibility of fatwa institutions while safeguarding the welfare (maslahah) of the Muslim community in the area of food consumption. Ultimately, fatwas on contemporary food issues must always be grounded in the principles of maqasid al-shariah to remain relevant, trustworthy, and contribute effectively to halal governance.












