Gaya Komunikasi Dakwah Anak Terhadap Ibu Bapa daripada Perspektif Dakwah [The Da‘wah Communication Approaches of Children Towards Their Parents: An Islamic Da‘wah Perspective]

Authors

  • Mohamad Zulkifli Abdul Ghani Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Nurul Amrina Che Tengah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

komunikasi dakwah, gaya komunikasi, hubungan anak dan ibu bapa, adab berkomunikasi, keluarga Muslim da‘wah communication, communication styles, parent–child relationship, communication etiquette, Muslim family

Abstract

Gaya komunikasi merupakan antara pendekatan penting dalam konteks dakwah keluarga, khususnya apabila golongan anak berinteraksi dengan ibu bapa. Komunikasi dakwah bukan sekadar pertukaran maklumat, tetapi turut mengandungi unsur ajakan, nasihat, dan seruan kepada kebaikan serta peringatan agar meninggalkan perkara yang bertentangan dengan ajaran Islam. Berbeza dengan komunikasi biasa, komunikasi dakwah menuntut kebijaksanaan dalam menyusun kata, nada suara, dan adab ketika menyampaikan mesej agar dapat menyentuh hati penerima. Namun begitu, terdapat jurang komunikasi antara anak dan ibu bapa yang sering berpunca daripada sikap ego, perasaan diri sentiasa benar, serta kelemahan dalam kemahiran komunikasi berasaskan adab dan hikmah. Hal ini boleh menjejaskan keharmonian keluarga dan mengurangkan keberkesanan dakwah dalam lingkungan institusi kekeluargaan Islam. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui analisis dokumentasi yang dihuraikan secara deskriptif. Hasil kajian menunjukkan bahawa gaya komunikasi dakwah yang berkesan merangkumi penggunaan panggilan yang baik, bahasa yang sopan, nada suara yang lembut, serta penyampaian mesej yang jelas dan berhemah. Komunikasi yang berasaskan kasih sayang, empati, dan hikmah dapat menjadi wahana dakwah yang membina hubungan mesra antara anak dan ibu bapa. Secara keseluruhannya, dapatan ini diharap dapat meningkatkan kesedaran tentang kepentingan komunikasi beradab dan berasaskan nilai dakwah sebagai asas pembentukan keluarga Muslim yang harmoni.

Communication style is an essential approach in the context of family da‘wah, particularly when children interact with their parents. Da‘wah communication is not merely an exchange of information; it encompasses elements of inviting, advising, and encouraging goodness as well as reminding others to avoid actions that contradict Islamic teachings. Unlike ordinary communication, da‘wah communication requires wisdom in choosing words, tone of voice, and proper etiquette when delivering a message to effectively touch the heart of the receiver. However, a communication gap often exists between children and parents, usually stemming from ego, a sense of self-righteousness, and weaknesses in communication skills grounded in proper manners and wisdom. This situation may disrupt family harmony and reduce the effectiveness of da‘wah within the Islamic family institution. This study employs a qualitative approach through document analysis presented descriptively. The findings reveal that effective da‘wah communication styles include the use of respectful forms of address, polite language, gentle tone of voice, and clear, courteous delivery of messages. Communication rooted in love, empathy, and wisdom can serve as a medium of da‘wah that strengthens the bond between children and parents. Overall, the findings are expected to enhance awareness of the importance of courteous and value-based da‘wah communication as a foundation for building a harmonious Muslim family.

Downloads

Published

2025-03-30