Toleransi dan Pengiktirafan Hak Asasi Manusia dalam Hukum Islam: Asas Keharmonian Masyarakat Kontemporari [Tolerance and Acknowledgement of Human Rights in Islamic Law: The Basis for Harmony In Contemporary Society]

Authors

  • Ariyanti Mustapha Universiti Malaya
  • Monika@Munirah Abd Razak Universiti Malaya

Keywords:

Toleransi, Hak asasi manusia, Pluralisasi, Hukum Islam, Maqasid al-Syariah Tolerance, Human Rights, Pluralization, Islamic Law, Maqasid al-Shariah

Abstract

Pluralisasi dalam sesebuah masyarakat merupakan aspek penting untuk membangunkan sebuah negara yang berteraskan hukum Islam. Pendekatan hukum Islam yang bertunjangkan Rahmatan lil’Alamin telah menetapkan sikap toleransi dan pengiktirafan terhadap hak asasi manusia sebagai asas penting dalam menjamin keharmonian dan keamanan sesebuah negara. Ketetapan dan keadilan hukum Islam dalam menjaga hak asasi manusia telah menjadi faktor wujudnya pelbagai kajian daripada sarjana Barat untuk menilai pendekatan Islam yang berteraskan al-Quran, Sunnah serta Maqasid al-Syariah sebagai kerangka utama dalam menjamin keharmonian pluralisasi masyarakat. Kegagalan mengamalkan sikap toleransi dalam menghadapi perbezaan adat, budaya dan cara hidup menjadi punca tercetusnya ketidakstabilan politik dalam sesebuah negara. Penindasan dan sikap diskriminasi terhadap pelbagai kaum tanpa mengambil kira aspek has asasi setiap masyarakat boleh membawa kepada runtuhnya keamanan dan keharmonian. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan penganalisisan data secara deduktif. Hasil kajian ini merumuskan bahawa aspek toleransi dan keadilan terhadap hak asasi manusia merupakan pemangkin kepada kesejahteraan dan keharmonian masyarakat yang telah terbukti keberkesanannya oleh nabi Muhammad dan para sahabat.

Pluralism in a society is an important aspect of developing a country based on Islamic law. The approach of Islamic law, based on Rahmatan lil'Alamin, emphasizes the practice of tolerance and the recognition of human rights as a crucial foundation for guaranteeing the harmony and security of a country. The determination and justice of Islamic law in safeguarding human rights have led to various studies by Western scholars to evaluate the Islamic approach based on the Qur'an, Sunnah, and Maqasid al-Shariah as the main framework for ensuring the harmony of a pluralistic society. Failure to adopt an attitude of tolerance in the face of differences in custom, culture, and way of life is a cause of political instability in a country. Oppression and discrimination against various races, without considering the unique aspects of each society, can lead to the collapse of peace and harmony. This article uses a qualitative method with deductive data analysis. The results of this study conclude that tolerance and justice towards human rights are catalysts for the well-being and harmony of society, as proven effective by the Prophet Muhammad and his companions.

Published

2025-03-07