Sorotan Literatur Keperluan Membina Kerangka Literasi Undang-undang untuk Melindungi Mangsa Jenayah Seksual Kanak-kanak [Literature Review on The Need to Build a Legal Literacy Framework to Protect Child Sexual Crime Victims]

Authors

  • Asma' Abd.Aziz Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wafaa’ Yusof Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Sexual crimes, children, victims, legal literacy framework, comparative, Sharia law.

Abstract

Menurut laporan berita Malaysia Gazette, kes jenayah seksual kanak-kanak menunjukkan trend peningkatan dalam tempoh tujuh tahun kebelakangan ini di Malaysia. Keseluruhannya, kanak-kanak yang menjadi mangsa antara tahun 2017 sehingga 2023 adalah sebanyak 6,990 kes telah direkodkan. Keterlibatan dan pemahaman masyarakat termasuk ibu bapa yang rendah mengenai jenayah seksual kanak-kanak menjadi salah satu punca fenomena ini semakin meningkat. Malahan dengan sikap kurang peka terhadap perilaku seksual mampu mencederakan serta merosakkan kanak-kanak. Ketidakpekaan ini membawa kepada pengabaian dan kecuaian ibu bapa serta masyarakat untuk mempertahankan serta melindungi hak kanak-kanak dari jenayah seksual. Kertas ini bertujuan untuk mengkaji keperluan membina kerangka literasi undang-undang bagi melindungi kanak-kanak yang menjadi mangsa jenayah seksual dan menganalisis perlindungan undang-undang mengenai jenayah seksual kanak-kanak menurut sivil dan hukum syarak.  Data bagi kajian ini diperoleh menerusi kaedah kepustakaan serta kajian perbandingan dan dianalisis secara tematik dan komparatif. Kajian mendapati bahawa ibu bapa dan masyarakat perlu mempunyai pengetahuan dalam undang-undang jenayah seksual bagi memahami tanggungjawab mereka untuk melindungi kanak-kanak dari eksploitasi seksual dan menjadi mangsa jenayah seksual. Usaha ini adalah bertujuan memberi keadilan kepada kanak-kanak yang menjadi mangsa serta membentuk masyarakat yang lebih bertanggungjawab sebagaimana diusulkan dalam matlamat pembangunan mampan (SDG) 16 untuk membina keamanan, keadilan dan institusi yang kuat. Namun, kepentingan kanak-kanak apa pun jua hendaklah menjadi keutamaan.

Abstract: According to the Malaysia Gazette news report, cases of child sexual crimes have shown an increasing trend over the past seven years in Malaysia. Overall, 6,990 cases of child victims were recorded between 2017 and 2023. Low involvement and understanding regarding child sexual crimes by society including parents has become one of the causes for this increasing phenomenon. Moreover, a lack of awareness about sexual behavior can harm and damage children. This insensitivity leads to neglect and negligence by parents and society in defending and protecting children's rights from sexual crimes.This paper aims to examine the need to build a legal literacy framework to protect children who are victims of sexual crimes and to analyze legal protection regarding child sexual crimes according to civil and Sharia law. Data for this study was obtained through literature review and comparative studies and was analyzed thematically and comparatively. The study found that parents and society need to know sexual criminal law to understand their responsibility to protect children from sexual exploitation and becoming victims of sexual crimes. This effort aims to provide justice to child victims and form a more responsible society as proposed in Sustainable Development Goal (SDG) 16 to build peace, justice, and strong institutions. However, the interests of children must always be the priority.

Published

2025-03-14