Elemen dan Pendekatan Dakwah Secara Berhikmah Terhadap Golongan al-Riqab: Kajian Terhadap Pusat Pemulihan di Negeri Selangor
[The Element and Approaches of Dakwah with al-Hikmah Towards the al-Riqab Group: A Study on Rehabilitation Centers in Selangor]
Keywords:
Dakwah Berhikmah, Golongan al-Riqab, Pusat Pemulihan, Elemen Dakwah, Pendekatan DakwahAbstract
Kajian ini bertujuan untuk mengkaji elemen dan pendekatan dakwah secara berhikmah terhadap golongan al-Riq?b, khususnya di pusat pemulihan di Negeri Selangor. Kajian ini menekankan kepentingan pendekatan dakwah yang bijaksana, fleksibel, dan relevan dalam membantu golongan al-Riq?b yang terbelenggu dengan masalah sosial dan akidah. Metode kajian ini menggunakan kualitatif dengan reka bentuk kajian kes yang melibatkan enam pusat pemulihan yang bernaung di bawah Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan NGO berkaitan. Pensampelan kajian adalah purposif (purposive sampling) yang merujuk kepada guru pembimbing dan pelatih di pusat pemulihan terlibat. Pengumpulan data dilakukan melalui temu bual mendalam, pemerhatian, dan analisis dokumen, manakala analisis data menggunakan pendekatan tematik melalui perisian Atlas T.I 8. Hasil kajian menunjukkan bahawa pendekatan dakwah secara berhikmah melibatkan empat strategi utama: pendekatan berstruktur, perbincangan dan soal jawab, penyertaan aktif, serta prinsip tasawuf. Setiap pendekatan ini disesuaikan untuk memenuhi keperluan golongan al-Riq?b dengan menitikberatkan elemen keikhlasan, empati, interaksi sosial dan interaksi fleksibel yang membina. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan keberkesanan dakwah tetapi memupuk perubahan positif dalam kehidupan mad?u. Kesimpulannya, pendekatan dakwah berhikmah terbukti menjadi kaedah berkesan dalam membimbing golongan al-Riq?b. Ia mampu membina hubungan erat antara pendakwah dan mad?u, selain menyokong usaha memulihkan akidah dan sosial mereka ke arah kehidupan lebih baik selaras dengan ajaran Islam
This study explores how dakwah (Islamic propagation) can be delivered with al-hikmah to support the al-Riq?b group, particularly in rehabilitation centers across Selangor. It highlights the need for thoughtful, flexible, and relevant approaches to address the social and spiritual challenges faced by this group. Using a qualitative case study design, the research focuses on six rehabilitation centers under the Selangor Islamic Religious Council (MAIS) and associated NGOs. Data was gathered through in-depth interviews, observations, and document analysis, with purposive sampling targeting mentors and trainees at the centers. The data was analyzed thematically to uncover key insights. The findings reveal that effective dakwah with wisdom is built on four main strategies: structured approaches, interactive discussions, active participation, and spiritual principles rooted in tasawwuf (Islamic spirituality). These methods are tailored to the unique needs of the al-Riq?b group, emphasizing sincerity, empathy, meaningful social interaction, and flexibility. Such approaches not only improve the effectiveness of dakwah but also inspire positive changes in the lives of the recipients (mad?u). In conclusion, delivering dakwah with wisdom strengthens the bond between the preacher (d??i) and the recipient while supporting efforts to restore the faith and social well-being of the al-Riq?b group. This approach serves as a powerful tool to guide them toward a better life aligned with Islamic values.