Malay Penggunaan Aplikasi Cashzine dan Hukumnya Menurut Perspektif Islam [The Application Cashzine and Its Decision From an Islamic Point of View]
English
Keywords:
Aplikasi penjana wang, Cashzine, Ju’alahAbstract
Cashzine merupakan satu aplikasi yang digunakan untuk menjana wang. Aplikasi ini memperuntukkan pengguna mengumpulkan koin dengan membaca berita-berita dari pelbagai kategori. Koin tersebut kemudiannya boleh ditukarkan kepada wang setelah mencapai had yang telah ditetapkan. Kehadiran aplikasi penjana wang ini telah menimbulkan banyak persoalan tentang hukumnya dari segi syarak. Walaupun Islam mengharuskan dalam bermuamalah namun, kajian yang teliti harus dijalankan bagi memastikan keharusan tersebut sama ada dikekalkan atau ataupun sebaliknya. Justeru, objektif kertas kerja ini adalah bertujuan untuk menjelaskan kaedah menjana wang melalui aplikasi Cashzine dan menghuraikan hukum penggunaan aplikasi Cashzine menurut perspektif Islam. Kajian ini merupakan kajian kualitatif dengan menggunakan kaedah analisis kandungan. Kemudian, data yang diperoleh dianalisis melalui kaedah analisis deskriptif, reduksi data dan pendekatan komparatif. Hasil kajian mendapati bahawa aplikasi Cashzine adalah diharuskan berdasarkan teori akad Ju’alah dalam pemberian ganjaran. Wang yang diperoleh juga sah selagi ia dikumpulkan melalui kaedah yang diharuskan syarak seperti membaca berita yang bermanfaat. Namun, penghasilan tersebut boleh menjadi haram sekiranya diperoleh melalui cara yang bercanggah dengan Islam seperti menonton video memaparkan aurat, membaca berita yang melalaikan, bermain permainan berunsurkan judi, keganasan dan sebagainya. Kajian ini dapat memberi pemahaman dan pengetahuan kepada masyarakat dalam memilih aplikasi menjana wang yang baik dan sejajar dengan perintah syarak
An app for making money is called Cashzine. By reading news from various categories, users of the app can earn coins. Once the coins have reached the predetermined limit, they can be turned into cash. Numerous concerns concerning its syarak rule have been brought up by the existence of this money-generating program. Even though Islam mandates worship, it is important to conduct meticulous investigation to make sure that the permissibility is upheld or not. Therefore, the purpose of this paper is to outline the process of earning money through the Cashzine program and to expand the Islamic prohibition on using it. This study is qualitative and using content analysis techniques. Following that, descriptive analytic techniques, data reductions, and comparison procedures are used to analyze the data. According to the study's findings, it is legal to use Cashzine in reward-giving according to the akad Ju'alah philosophy. As long as the earnings are obtained by Islamic practices like reading upbeat news, they are equally valid. However, if the production is gotten by prohibited Islamic practices, such as seeing aurat-related movies, reading misleading news, participating in gambling, or using violence, it may be forbidden. The society can benefit from this study's wisdom and knowledge in selecting a profitable application that is also in accordance with Islamic law.