Kajian Literatur Ciri-ciri Pendakwah Wanita dalam Membina Penghargaan Kendiri Remaja

  • Nabilah Norzli
  • Berhanundin Abdullah
  • Fariza Md Sham
  • Zawawi Yusoff
  • Nor Salimah Abu Mansor
  • Moustafa Hassan Mohamed El Khaiat
  • Normila Noruddin
Keywords: Pendakwah, Wanita, Kendiri, Penghargaan

Abstract

Remaja pada masa kini banyak terdedah dengan masalah sosial dan ia mendatangkan kesan kepada akhlak yang tidak baik. Selain daripada pendakwah lelaki, golongan wanita juga didorong oleh rasa kecaknaan sebagai seorang pendakwah turut sama memberi sumbangan kepada permasalahan remaja masa kini terutama dalam kalangan remaja perempuan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti ciri-ciri pendakwah (wanita) dalam membina penghargaan kendiri remaja. Reka bentuk kajian ialah kualitatif menerusi analisis kandungan. Hasil dapatan kajian mendapati ciri-ciri pendakwah (wanita) yang terdiri daripada berilmu pengetahuan, berketerampilan Islam, berakhlak, memberi contoh teladan yang baik, lembut lunak dan hatinya sentiasa mengingati Allah s.w.t. Melalui ciri-ciri itu dapat membantu dan membentuk penghargaan kendiri remaja kepada yang lebih baik seperti sentiasa tenang, bersikap lebih terbuka, mudah berinteraksi, dan tidak mudah mengalah dalam mencari kebenaran dan sanggup menghadapi sebarang cabaran dan dugaan.

Published
2019-11-17