Penerapan Uslub Dakwah dalam Politik di Kelantan

  • Nor Bahiah Jailami Ab Rahman
  • Berhanundin Abdullah
Keywords: Penerapan, uslub dakwah, politik, Kelantan

Abstract

Penerapan uslub dakwah dalam arena politik khususnya di Kelantan kini menjadi penyumbang utama dalam proses penyampaian mesej dakwah kepada masyarakat. Antara permasalahan kajian ini ialah pengaruh Islam menjadi aspek utama penerimaan dalam masyarakat terhadap golongan agamawan. Golongan agamawan menghayati sepenuhnya peluang ini untuk kesejahteraan kepada rakyat dan agama. Masyarakat Kelantan yang mempunyai asas agama yang tinggi sentiasa menilai terhadap setiap pendekatan politik yang dilaksanakan di negeri itu. Ini menunjukkan bahawa pendekatan politik agamawan lebih mendapat sambutan daripada masyarakat Kelantan. Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti uslub dakwah dalam politik di Kelantan. Kajian ini menggunakan metode kualitatif yang berbentuk analisis dokumen. Dapatan awal kajian ini mendapati bahawa uslub dakwah dalam politik sangat berperanan dalam mempengaruhi masyarakat. Pendekatan keilmuan, kebajikan dan keadilan dan meletakkan nilai-nilai Islam sebagai elemen utama dalam pentadbiran menjadi ukuran untuk masyarakat memberi sokongan dan menerima golongan agamawan sebagai peneraju kuasa pemerintahan. Pendekatan ini selari dengan fitrah kehidupan masyarakat Kelantan serta kehidupan mereka lebih terjamin dan berkebajikan

Published
2019-11-17