Perkembangan Pengajian Tafsir al-Quran di Terengganu: Sorotan Tokoh

  • Noor Farhanah Othman
  • Muhd. Najib Abdul Kadir
  • Haziyah Hussin
Keywords: penulisan tafsir, pengajian tafsir, ulama Terengganu, Islam di Terengganu

Abstract

Seiring dengan perkembangan Islam, ilmu pengetahuan Islam seperti tafsir al-Quran juga berkembang di Terengganu seiring dengan kemunculan ulama-ulama hebat yang mewarnai kegiatan intelektual Melayu-Islam. Artikel ini akan memfokuskan dan menyorot sumbangan beberapa ulama negeri Terengganu dengan memapar secara umum perihal kehidupan, pendidikan dan penglibatan tokoh dalam perkembangan ilmu tafsir. Sorotan ini merentasi periode lebih kurang empat abad, dari zaman kemunculan Syeikh Abdul Malaik atau Tok Pulau Manis hinggalah ke zaman kebangkitan ulama kontemporari seperti Abdul Hadi Awang. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif secara analisis kandungan sumber primer seperti bahan arkib, dokumen dan rekod rasmi. Selain itu, sumber sekunder seperti artikel ilmiah, buku dan majalah turut dirujuk Hasil kajian berjaya mendapati pengajian tafsir al-Quran di Terengganu berkembang melalui penubuhan institusi formal dan tidak formal dan penghasilan karya-karya tafsir yang diusahakan oleh ulama tempatan mahupun ulama dari luar negeri.

Published
2019-10-30