Cabaran Pengurusan Zakat di Selatan Thailand

  • Shofian Ahmad UKM
  • Faosi Kado
Keywords: Zakat, Pengurusan Zakat Berpusat, Selatan Thailand

Abstract

Pengurusan zakat di Selatan Thailand tidak dilaksanakan secara terpusat di bawah kawalan dan penyelarasan pihak berkuasa agama Islam disana. Sebaliknya ia diurus oleh pebagai institusi serta individu tertentu secara suka rela. Sedangkan menurut jumhur, urusan zakat terletak di bawah tanggung jawab langsung kerajaan atau pihak berkuasa agama yang dilantik kerajaan dalam sebuah negara. Justeru artikel ini bertujuan untuk menjelaskan bentuk-bentuk pengurusan semasa harta zakat yang dilakukan di selatan Thailand pada masa kini serta cabaran-cabaran yang hadapi oleh pihak majlis agama untuk memusat dan menyelaraskan pengurusan zakat umat Islam disana. Kaedah analisis kandungan daripada sumber-sumber perundangan Thailand serta temubual digunakan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan kajian. Artikel ini menyimpulkan dapatan bahawa satu perundangan yang khusus dan jelas berkaitan pengurusan zakat yang berpusat diselatan Thailand perlu diwujudkan. Pihak majlis agama Islam wilayah-wilayah selatan perlu lebih agresif untuk mendesak dan menggubal perundangan berkaitan. Artikel ini membantu mendedahkan beberapa cabaran utama yang perlu tangani oleh pihak kerajaan serta majlis agama Islam wilayah-wilayah kearah merealisasikan matlamat tersebut. Kejayaan mewujudkan pengurusan zakat yang terpusat dapat memberikan kebaikan dan keadilan dalam pengurusan harta zakat umat Islam disana, sekaligus dapat meningkatkan syiar Islam di bumi selatan Thailand.

Published
2019-12-17