Peranan Pembelian Barangan Berjenama Persendirian dalam Mempengaruhi Pengurusan Kos Sara Hidup

  • Noor Fadzlin Abu Bakar PUAN
  • Maisarah Ahmad
Keywords: pengurusan kos sara hidup, imej kedai, barangan berjenama persendirian

Abstract

Barangan berjenama persendirian merupakan alternatif pengguna dalam pembelian. Barangan ini merupakan barangan yang dijenamakan sendiri oleh penjual ataupun pekedai. Kajian barangan berjenama persendirian yang telah dilakukan sebelum ini lebih tertumpu kepada pembelian pengguna terhadap barangan berjenama persendirian tetapi tidak di dalam mempengaruhi pengurusan kos sara hidup pengguna. Objektif kajian ini adalah mengenal pasti dimensi imej kedai yang mempengaruhi pengurusan kos sara hidup .Berdasarkan kajian literatur, peranan pembelian barangan berjenama persendirian telah diterjemahkan sebagai imej kedai yang merangkumi dimensi barangan, persekitaran, perkhidmatan, kebolehcapaian, reputasi, promosi, fasiliti dan perkhidmatan selepas pembelian. Manakala, keputusan pembelian barangan diangkat sebagai pengurusan kos sara hidup. Model psikologi persekitaran iaitu Stimulus-Organism-Response (S-O-R) (Mehrabian 1974) telah dijadikan teori asas kepada kerangka kajian ini di mana stimulusnya adalah imej kedai, pembeli barangan adalah organisma dan pengurusan kos sara hidup adalah respon. Sejumlah 330 borang soal selidik yang lengkap diisi oleh pembeli jenama persendirian sekitar Lembah Klang.

 

Published
2019-11-17