Estetik Taqdim dan Ta’khir dalam Surah al-Baqarah

Authors

  • Nur Shahirah Zolkanain
  • Md Nor Abdullah

Keywords:

Taqdim, Ta'khir, Gaya Bahasa, al-Quran

Abstract

Taqdim dan ta’khir merupakan antara gaya bahasa dalam ayat al-Qur’an yang memiliki keistimewaan, keindahan makna dan mampu mempengaruhi hati si pembaca mahupun si pendengar. Kajian gaya bahasa dalam al-Qur’an telah banyak dijalankan oleh para sarjana, namun kajian ini bertujuan untuk menyerlahkan lagi estetik gaya bahasa taqdim dan ta’khir yang terkandung dalam ayat al-Qur’an. Hasil penelitian kajian terdahulu, tidak terdapat satu kajian secara komprehensif dan analisis secara terperinci penggunaan gaya bahasa taqdim dan ta’khir dalam al-Qur’an. Oleh itu penulis terpanggil untuk mengisi kelompangan kajian ini kerana ia wajar diketengahkan. Kajian ini mengkaji gaya bahasa taqdim dan ta’khir yang terkandung dalam ayat-ayat al-Qur’an khusus surah al-Baqarah berdasarkan beberapa peranan. Kajian telah menemukan sebanyak sepuluh peranan yang telah dimainkan oleh gaya bahasa ini akan tetapi artikel ini hanya akan memfokuskan kepada lima peranan sahaja iaitu pertama al-Ahamm (???? ?? ) yang bermaksud paling penting, kedua al-Ihtim?m (???????? ) iaitu untuk perhatian, ketiga al-Ikhtis?s (???????? ) iaitu pengkhususan, keempat al-Sabq (????? ) iaitu yang mendahului dan kelima al-Sababiyyah (??????? ) iaitu menjadi sebab. Sebanyak dua sampel ayat taqdim dan ta’khir bagi setiap peranan dipilih untuk dianalisis. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian ini ialah kaedah kualitatif yang menggunakan pendekatan deskriptif dan analisis kandungan. Hasil kajian mendapati sampel ayat yang dikemukakan telah menyerlahkan rahsia dan tujuan semantik yang sangat istimewa. Selain itu, ia juga telah membuktikan kehebatan uslub al-Qur’an serta menyemarakkan kajian i‘jaz al-Qur’an dari sudut gaya bahasa.

Published

2019-09-20