Konsep Wakalah bil Ujrah dan Pengamalan Badal Haji menurut Syariat [The Concept of Wakalah bil Ujrah and The Practice of Hajj Badal according to Sharia]
Keywords:
Wakalah, Ujrah, Badal haji, Agensi, Syariat.Abstract
Badal Haji adalah satu ibadah yang dilakukan khusus untuk Muslim yang telah meninggal dunia, dan tujuannya adalah bagi melengkapkan rukun Islam yang kelima sekali gus menyempurnakan agama sebagai seorang Muslim. Namun dalam usaha menyempurnakan agama, sebahagian agensi travel mengambil peluang untuk menawarkan pelbagai pakej yang berpatutan dan bersesuaian. Tidak kalah juga terdapat agensi-agensi yang mengambil kesempatan menawarkan pakej badal haji yang tidak masuk akal, malah mencurigakan dari aspek wakalah (perwakilan) dan ujrah (upah). Sehubungan dengan itu, matlamat utama kajian ini adalah untuk mengkaji konsep wakalah bil ujrah yang diamalkan di dalam perkhidmatan badal haji di Malaysia. Kajian ini akan menggunakan metod kualitatif dengan instrumen analisis kandungan terhadap kajian-kajian lepas, model, modul dan garis panduan daripada Tabung Haji Malaysia. Kajian ini mendapati secara asasnya terdapat banyak dalil-dalil dari al-Quran dan al-Sunnah yang membahaskan konsep wakalah dan ujrah dari perspektif syariah. Malah terdapat juga pembincangan isu-isu berkaitan perkhidmatan Badal haji di agensi-agensi tertentu di Malaysia.
Badal Haji is a worship performed specifically for Muslims who have died, and its purpose is to complete the fifth pillar of Islam and thus perfect the religion as a Muslim. However, in an effort to perfect the religion, some travel agencies take the opportunity to offer various affordable and suitable packages. No less are there agencies that take the opportunity to offer badal haji packages that are unreasonable, even suspicious in terms of wakalah (representation) and ujrah (wages). In this regard, the main goal of this study is to study the concept of wakalah bil ujrah practiced in badal haji services in Malaysia. This study will use a qualitative method with content analysis instruments on past studies, models, modules and guidelines from Tabung Haji Malaysia. This study found that basically there are many arguments from the Quran and Sunnah that discuss the concepts of wakalah and ujrah from a syariah perspective. In fact, there are also discussions of issues related to Badal haji services at certain agencies in Malaysia.












