Analisis Fiqh Terhadap Kriteria Penilaian Sukuk oleh Majlis Penasihat Syariah [Fiqh Analysis on the Evaluation Criteria of Sukuk by the Shariah Advisory Council]
Keywords:
Fiqh, Sukuk, Majlis Penasihat Syariah (MPS), Suruhanjaya Sekuriti (SC)Abstract
Sukuk merupakan instrumen penting dalam pasaran modal Islam yang berfungsi sebagai alternatif patuh Syariah kepada bon konvensional. Walaupun penerbitannya di Malaysia berkembang pesat sejak beberapa dekad yang lalu namun kajian mendalam mengenai prinsip fiqh yang diaplikasikan oleh Suruhanjaya Sekuriti (SC) melalui Majlis Penasihat Syariah (MPS) dalam menilai dan mengklasifikasikan sukuk masih terbatas. Hal ini menimbulkan persoalan tentang apakah prinsip fiqh yang dijadikan sandaran dalam menentukan status patuh Syariahnya. Bagi menjawab persoalan tersebut, kajian ini bertujuan untuk menganalisis keputusan hukum yang dikeluarkan MPS berhubung dengan instrumen ini. Metodologi kajian ini berbentuk kualitatif dengan menggunakan analisis kandungan secara deskriptif terhadap data yang diperoleh daripada buku, artikel jurnal, garis panduan Suruhanjaya Sekuriti, serta dokumen rasmi berkaitan. Hasil kajian mendapati bahawa MPS berperanan besar dalam memastikan sukuk yang diterbitkan mematuhi prinsip fiqh melalui aplikasi konsep ijtihad dan menekankan isu-isu fiqh semasa seperti ta’widh, tawarruq, wa’ad, muwa’adah, ‘aqd al-tawrid dan ibra’. Keputusan yang dikeluarkan oleh MPS terbukti mengekalkan disiplin ilmu usul fiqh serta mengambil kira maqasid Syariah dalam menjaga kepentingan umum. Analisis ini memberikan gambaran jelas mengenai tatacara pengaplikasian kaedah fiqh dalam menentukan status patuh Syariah sesuatu sukuk oleh MPS dalam memastikan kredibiliti pasaran sukuk di Malaysia terjamin.
Sukuk is an important instrument in the Islamic capital market that serves as a Shariah-compliant alternative to conventional bonds. Although its issuance in Malaysia has grown rapidly over the past few decades, in-depth studies on the fiqh principles applied by the Securities Commission (SC) through the Shariah Advisory Council (SAC) in evaluating and classifying sukuk remain limited. This raises the question of how the SAC evaluates sukuk structures and what fiqh principles are used as the basis for determining their Shariah-compliant status. To address this issue, the study aims to analyse the Shariah rulings issued by the SAC concerning this instrument. The methodology of this study is qualitative in nature, employing descriptive content analysis of data obtained from books, journal articles, Securities Commission guidelines, and other official documents. The findings reveal that the SAC plays a significant role in ensuring that issued sukuk comply with fiqh principles through the application of ijtihad, while emphasising contemporary fiqh issues such as ta’widh, bai‘ ‘inah, and ibra’. The rulings issued by the SAC have been shown to uphold the discipline of usul al-fiqh and to consider the maqasid al-Shariah in safeguarding public interest. This analysis provides a clear picture of the application of fiqh methods in determining the Shariah-compliant status of sukuk, thereby ensuring the credibility of Malaysia’s sukuk market.












