Makanan Halal Menurut Perspektif Islam dan Kepentingan Pelabelan

Authors

  • Asiah Shafie
  • Mohd Arif Nazri
  • Haziyah Hussin

Keywords:

Makanan, Halal, Perlebelan, Kepentingan

Abstract

Perbincangan tentang makanan halal menurut perspektif Islam dapat dirujuk melalui nas al-Quran dan al-Hadith khususnya dalam menjelaskan manfaatnya terhadap kesihatan dan kehidupan manusia. Tujuan artikel ini adalah untuk menjelaskan kepentingan makanan halal bagi membuktikan kebenaran dan perintah Allah perlunya mengambil makanan halal lagi baik. Berikutan masyarakat pada hari ini hanya tahu makanan halal adalah yang mempunyai logo halal tanpa mengetahui apakah ciri-ciri makanan halal. Artikel ini turut memfokuskan kepada pelabelan makanan dengan melihat ciri-ciri, fungsi serta syarat pelabelan yang perlu dipatuhi oleh pengeluar makanan bagi memberi pengetahuan kepada pengguna untuk memilih barangan terbaik. Hal ini kerana begitu banyak lambakan makanan, sehingga memerlukan masa untuk dikaji, maka keperluan penggunaan label perlu dibuat dengan syarat menepati undang-undang pelabelan. Pelabelan makanan yang tepat memainkan peranan penting dalam bidang pemasaran dan pengedaran makanan, iaitu membekalkan maklumat kepada pengguna di samping bermanfaat dalam penjualan. Artikel ini menggunakan kaedah kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan daripada sumber-sumber seperti buku-buku ilmiah, kitab turath, jurnal, akhbar dan website diteliti dan dianalisis secara deskriptif. Artikel ini akan memberi manfaat kepada banyak pihak bukan sahaja bagi pengguna, malah termasuk pengeluar produk di pasaran.

Published

2019-09-04