Konsep Istibdal Harta Wakaf menurut Perspektif Islam

  • Aisyah Yasmin Che Mohd Amin
  • Mohd Zamro Muda
Keywords: Istibdal, wakaf, pelaburan, mazhab Sunni

Abstract

Konsep istibdal harta wakaf merupakan satu cara untuk membangunkan harta wakaf agar lebih produktif dan berupaya menyediakan pelaburan kewangan yang lebih stabil. Untuk melaksanakan istibdal harta wakaf, terdapat beberapa syarat telah ditetapkan bagi menjamin pelaksanaan konsep tersebut supaya selaras dan menepati syarat yang ditetapkan oleh para fuqaha. Justeru, aspek yang ditekankan dalam kajian ini adalah pendirian mazhab Sunni terhadap istibdal harta wakaf. Objektif utama kajian ini adalah bagi mengenal pasti konsep istibdal terhadap harta wakaf menurut pandangan fuqaha. Kajian ini adalah berbentuk kualitatif dengan mengambil pendekatan analisis kandungan. Fakta dan hujah daripada bahan-bahan perpustakaan seperti buku-buku ilmiah, kitab-kitab turath, jurnal, akhbar, dan kertas kerja diteliti, dinilai serta dianalisis secara deskriptif. Pada keseluruhan kajian, didapati pelaksanaan konsep ini banyak memberi manfaat dan faedah kepada masyarakat awam berbanding ia dikekalkan dalam bentuknya yang asal. Hakikatnya, pelaksanaan konsep ini turut menzahirkan kelenturan serta keutuhan sistem wakaf dalam menyediakan kemudahan dan bantuan kepada umat Islam.

Published
2019-07-02