Pemilikan Tanah Pertanian menurut Perspektif Maqasid Syariah

  • Mohd Borhanuddin Zakaria
  • Azli Fairuz Laki
  • Nur Sakiinah Ab Aziz
  • Abdul Qahhar Ibrahim
  • Noorsafuan Che Noh
Keywords: Pemilikan Tanah Pertanian, Maqasid Syariah

Abstract

Penggubalan Dasar Pertanian Negara 1984-2010, Dasar Agro Makanan Negara 2011-2020 merupakan satu transformasi Kerajaan Malaysia bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti makanan negara. Namun begitu terdapat kelemahan dalam merealisasikannya untuk mencapai tahap sara mampu diri makanan negara sekurang-kurangnya 70%. Kajian ini bertujuan meneliti berkaitan tanah pertanian, pemilikan menurut maqasid syariah. Metodologi kajian ini menggunakan reka bentuk kajian analisis kandungan, data-data yang dikumpulkan dianalisis melalui pendekatan deskriptif dengan gabungan pendekatan kualitatif iaitu menganalisis teks termasuk menganalisis dokumen-dokumen seperti laporan-laporan rasmi, surat pekeliling, laporan tahunan, laporan jabatan, rancangan kewangan, laporan agensi, dan transkrip. Hasil kajian mendapati bahawa konsep milkiyyah harus ditekankan, memakmurkan tanah pertanian serta menekankan produk pemakanan yang halal dan bersih. Implikasi kajian ini mencadangkan pembangunan tanah pertanian perlu diutamakan ke atas agensi yang terlibat khusus seperti Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani harus diberi perhatian. Dasar Pertanian Negara, Dasar Agro Makanan Negara diharapkan agar memainkan peranannya dalam menggalakkan pertumbuhan sektor pertanian dan pembangunan petani selaras dengan pembangunan Islam secara syumul.

Published
2019-06-29