Ideologi Keganasan DAESH dan Cabaran Perpaduan serta Keharmonian Negara

  • Syafawani Mohd Hashim Department of Theology and Philosophy
  • Wan Fariza Alyati Wan Zakaria
Keywords: Daesh; Malaysia; ideologi; faktor; jihadisme

Abstract

Daesh adalah satu gerakan kumpulan pengganas yang baru dikenali secara meluas pada alaf ini. Ianya menjadi satu ancaman kepada generasi hari ini khususnya di negara Malaysia. Penglibatan masyarakat Malaysia dalam kumpulan pengganas ini seharusnya dipandang serius kerana ianya merupakan ancaman kepada negara. Pelbagai faktor yang menyumbang kepada penglibatan rakyat Malaysia dengan kumpulan ini. Faktor-faktor ini perlulah dipandang dengan lebih serius kerana boleh menyebabkan keadaan negara menjadi huru-hara. Tambahan lagi, kadar pertambahan rakyat Malaysia dalam kumpulan Daesh ini semakin bertambah dari hari ke hari. Pertambahan jumlah penglibatan dengan jumlah penangkapan adalah berbeza dan mendatangkan kebimbangan kepada negara Malaysia. Pengaruh dan ancaman kumpulan militan ini sangat cepat dan pantas. Oleh yang demikian, kajian ini ditulis adalah untuk mengkaji akan faktor-faktor yang menyebabkan masyarakat di Malaysia terlibat dengan kumpulan Daesh ini.

Published
2019-07-20