Kesan Tekanan Terhadap Pesakit Kanser Menerusi Pandangan Islam

Authors

  • Norhafizah Musa
  • Azahar Yaakub @ Ariffin
  • Zaharah Mustafa
  • Mohd Hambali Rashid

Keywords:

Tekanan, Pesakit Kanser, Islam

Abstract

Stres merupakan suatu keadaan yang memberi tekanan kepada jiwa atau mental seseorang. Secara umumnya stres adalah tekanan perasaan seseorang sehingga membuatkannya tidak mampu untuk menjalani kehidupan seperti biasa. Stres kian meningkat saban tahun di kalangan rakyat Malaysia begitu juga pesakit kanser. Kebanyakan orang sukar untuk mengawal dan mengurus stres. Keadaan tersebut lebih sukar apabila berdepan dengan pelbagai masalah lain dan tidak mendapat sokongan emosi. Jika tidak diatasi perkara tersebut, stres boleh bertukar kepada gangguan mental. Menyedari hal demikian kajian ini bertujuan mengenal pasti kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam. Dapatan kajian menunjukkan bahawa kesan tekanan terhadap pesakit kanser menerusi pandangan Islam adalah kelemahan hati, kelemahan roh, pengaruh nafsu dan kelemahan akal.

Published

2019-05-16