Memahami Strategi Daya Tindak (Coping Strategy) Dalam Kalangan Murid-Murid Prasekolah Orang Asli

  • Nor Aimi Harun
  • Fauziah Md. Jaafar
Keywords: Orang asli, prasekolah, Onychophagia, Strategi daya tindak

Abstract

Peningkatan masalah kesihatan stres dalam kalangan kanak-kanak prasekolah orang asli semakin membimbangkan. Kajian kes kualitatif telah dilakukan untuk mengenal pasti dan memahami bentuk strategi daya tindak yang dibangunkan oleh kanak-kanak prasekolah orang asli sewaktu berhadapan dengan rangsangan stres. Kajian ini menggunakan sampel bertujuan (purposeful sampling) yang melibatkan seorang kanak-kanak prasekolah orang asli yang mengalami stres di tahap 73 mata berdasarkan ujian Stres Child and Adolescent Survey of Experiences (CASE).  Instrumen pengumpulan data yang digunakan dalam kajian ini adalah temu bual, pemerhatian dan dokumen. Perisian Nvivo 0.8 telah digunakan untuk membantu memudahkan transkrip analisis data. Dapatan menunjukkan responden kajian telah melakukan Onychophagia sebagai strategi daya tindak. Onychophagia merupakan habit menggigit kuku yang dapat memberikan rasa pelepasan atau melahirkan feeling of pleasure serta salah satu cara menenangkan diri (self-soothing) sebagai tindak balas kepada kegelisahan emosi dalaman sewaktu berada dalam keadaan tertekan.  Kajian ini memberi implikasi kepada guru-guru prasekolah, ibu bapa dan stakeholder secara proaktif dan kolektif bagi membantu kanak-kanak orang asli membangunkan strategi daya tindak dengan cara yang bersesuaian untuk mengendalikan rangsangan stres.

Published
2019-05-08