Faktor-faktor Pengaruh Penyebaran Pluralisme Agama di Malaysia

  • Earnie Elmie Hilmi
  • Kamarudin Salleh
  • Nur Farhana Abdul Rahman
Keywords: Faktor, penyebaran, liberalisme, pluralisme agama

Abstract

Konsep pluralisme agama mula dikenali apabila polemik mengenainya muncul dalam masyarakat Malaysia. Polemik ini menyebabkan masyarakat terbahagi kepada tiga golongan dalam menerima konsep pluralisme agama iaitu yang menerima, menolak dan cuba mengharmonikannya. Sejarah perkembangan pluralisme agama bermula apabila konsep liberalisme diterima dalam kalangan sarjana. Perkembangan perkara ini mempunyai faktor-faktor yang mempengaruhi kemunculannya. Penulisan ini bertujuan untuk menganalisis faktor-faktor pengaruh penyebaran pluralisme agama di Malaysia. Pendekatan kualitatif digunakan dalam menganalisis dokumen-dokumen yang berkaitan dengan faktor-faktor penyebaran ini. Hasil kajian mendapati bahawa faktor-faktor penyebaran pluralisme agama di Malaysia mempunyai pengaruh dari gerakan liberalisme di Indonesia. Faktor-faktor penyebaran ini penting untuk mengetahui sejarah perkembangan pluralisme agama di Malaysia.

Published
2019-05-07