Maqasid Syariah Hifz Al-Din Dalam Konteks Patriotisme [Preserving Religion Objectives in the Context of Patriotism]

Authors

  • Muhammad Fakhrur Razi Shahabudin Mr.
  • Muhammad Yosef Niteh Universiti Islam Selangor (UIS)
  • Hairol Anuar Mak Din Universiti Islam Selangor (UIS)

Keywords:

Maqasid Syariah, Hifz al-Din, Patriotisme, Prinsip Rukun Negara, Elemen.

Abstract

Patriotisme adalah unsur penting yang wajib ada sebagai warga kepada sesebuah negara, kerana ia lambang dan jiwa sebagai warganegara. Namun kebelakangan ini pelbagai isu melibatkan agama, perkauman dan penghinaan terhadap institusi Diraja sehingga mengganggu gugat keharmonian dan keamanan rakyat Malaysia. Golongan belia kini lantang bersuara sehingga mengabaikan kepentingan prinsip rukun Negara yang seharusnya dijaga dan dijadikan sebagai pegangan dalam konteks hidup bernegara. Sehubungan dengan itu, tujuan kajian ini dilakukan adalah untuk melihat konsep Maqasid Syariah iaitu Hifz al-Din dalam konteks patriotisme. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif. Berdasarkan data dari kajian lepas dan temubual bersama pakar akademik dari Universiti Malaya dan Universiti Sains Islam Malaysia, pengkaji mendapati terdapat elemen-elemen penting di dalam Maqasid Syariah Hifz al-Din yang signifikan dengan konteks patriotisme. Justeru, kajian ini akan melihat sejauh mana konsep Maqasid Syariah ini dapat diimplementasikan di dalam kontes patriotisme (cintakan negara).

Patriotism is an essential element that must exist in every citizen of a country, as it symbolizes the spirit of being a citizen. However, in recent times, various issues involving religion, ethnicity, and disrespect towards the Royal institution have arisen, disrupting the harmony and peace of the Malaysian people. The youth are now vocal, often neglecting the importance of upholding the principles of the National Principles that should be safeguarded and embraced in the context of living in a nation. In this regard, the purpose of this study is to examine the concept of Maqasid Sharia, specifically Hifz al-Din, in the context of patriotism. This study employs a qualitative approach. Based on data from past research and interviews with academic experts from Universiti Malaya and Universiti Sains Islam Malaysia, the researcher found significant elements within the Maqasid Sharia Hifz al-Din that are relevant to the context of patriotism. Therefore, this study will explore the extent to which the concept of Maqasid Sharia can be implemented in the context of patriotism (love for the country).

Published

2024-03-13