Pemerkasaan Tulisan Jawi Dahulu dan Kini

Authors

  • Rasyidah Ibrahim
  • Rahimah Embong
  • Firdaus Khairi Abdul Kadir
  • Huda Afiqah Hashim

Keywords:

Pemerkasaan, Tulisan Jawi, Medium, Kurikulum

Abstract

Artikel ini membincangkan pemerkasaan tulisan jawi melalui beberapa medium yang mana ianya merupakan satu kemudahan kepada masyarakat melihat dan membaca jawi melalui pelbagai medium. Antara langkah pelaksanaannya adalah melalui penulisan pada bangunan-bangunan seperti institusi pengajian, pejabat dan bangunan komersil. Buku-buku belajar jawi juga banyak dihasilkan oleh individu terterntu di pasaran. Selain daripada itu tulisan ini juga telah disiarkan di dalam media elektronik iaitu klinik jawi. Ramai tokoh dalam dan luar negara telah mengakui kehebatan tulisan ini antaranya Profesor DiRaja Ungku Aziz, Raja Dr Nazren Syah, Mosa Jiao Ping, Pengetua sekolah Islam di China, penulis Teo Kok Seong dan lain-lain. Penubuhan sekolah agama persekutuan dan kerajaan negeri juga memperlihatkan kesungguhan mereka mengekalkan penggunaan tulisan jawi. Tulisan ini juga telah dimasukkan ke dalam sukatan pelajaran Pendidikan Islam Kementerian pelajaran Malaysia (KPM) sejak Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) 1982 sehinggalah kepada Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) 2011 yang terkini.

Published

2019-05-07