Tinjauan Literatur Faktor Pengabaian Kanak-kanak di Malaysia

  • Nurul Izzah Izzati Hashim
  • Wafaa Yusof
  • Zuliza Mohd Kusrin
Keywords: Pengabaian kanak-kanak, sejarah pengabaian, faktor pengabaian, Akta Kanak-kanak (Pindaan) 2016

Abstract

Peningkatan kes pengabaian kanak-kanak semakin membimbangkan di Malaysia malah seringkali menjadi perhatian utama media massa. Menurut statistik Jabatan Kebajikan Masyarakat sehingga bulan Jun 2018, sebanyak 1,318 kes telah direkodkan. Tindakan sebahagian daripada ibu bapa yang menganggap perkara sedemikian remeh dan tidak berhati-hati boleh menyebabkan kematian serta kecacatan sepanjang hayat kepada kanak-kanak. Justeru, artikel ini bertujuan untuk mengenal pasti sejarah, trend dan statistik perkembangan kes pengabaian kanak-kanak yang berlaku di Malaysia. Kajian juga akan menganalisis faktor-faktor berlakunya kes pengabaian kanak-kanak. Data-data yang diperoleh dianalisis secara diskriptif dan dipersembahkan mengikut tema-tema bersesuaian. Artikel mendapati bahawa sejarah pengabaian telah berlaku sejak abad ke 17 dan 18. Masalah ini bukan hanya berlaku di Malaysia malah di negara-negara maju, membangun mahupun miskin. Kes pengabaian ini berlaku disebabkan oleh lima faktor utama iaitu bermula daripada kegagalan fungsi ibu bapa dan keluarga seterusnya berkait rapat dengan faktor persekitaran dan ekonomi. Selain itu, ketegasan undang-undang yang tidak komprehensif telah mengakibatkan tiada pelaksanaan undang-undang yang jelas sehingga menjadi punca kes terus meningkat. Ciri kanak-kanak seperti kanak-kanak kurang upaya, hiperaktif, anak angkat, anak taksahtaraf dan anak tiri juga sering menjadi mangsa ibu bapa dan penjaga dalam mengambil langkah mudah penjagaan kepada mereka sehingga berlaku pengabaian. Kajian ini penting bagi mewujudkan satu kaedah undang-undang yang jelas dalam menjamin maslahah terbaik kanak-kanak demi membendung kes ini daripada terus berleluasa.

Published
2019-05-07