Ketokohan Hajjah Rahmas binti Abdullah dalam Tarannum dan Sumbangan Tilawahnya [The personage of Hajjah Rahmas binti Abdullah in Tarannum and her contribution in Tilawah]

Authors

  • Masfira Hilman Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Hilmi Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia
  • Wan Nasyrudin Abdullah Universiti Kebangsaan Malaysia

Keywords:

Hajjah Rahmas binti Abdullah, Taranmum, Tilawah, Malaysian Qari

Abstract

Hajjah Rahmas Binti Abdullah seorang qariah yang terkenal dengan bacaan tarannumnya tang baik. Nama beliau yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah al-Quran di Nusantara ini. Ketokohan yang dimiliki oleh Hajjah Rahmas sangat tinggi nilainya bagi para qari dan qariah. Oleh yang demikian, penulisan artikel ini bertujuan menjelaskan latar belakang Hajjah Rahmas dan sumbangan beliau dalam dunia tilawah al-Quran di Malaysia khususnya. Rekabentuk kajian adalah kualitatif. Kajian ini memperolehi data hasil temubual tidak berstruktur bersama tokoh yang terlibat dalam bidang tilawah al-Quran. Hasil kajian mendapati ketokohan Hajah Rahmas dan sumbangannya telah memberikan impak yang sangat besar kepada perkembangan bacaan al-Quran bertarannum di Malaysia khususnya dan negara luar umumnya yang menjadi suatu panduan kepada qari dan qariah untuk meneruskan legasi bacaan al-Quran bertarannum.

Hajjah Rahmas Binti Abdullah is a renowned qariah with a perfect Quranic tarannum recitations. She is a very well-known figure in this nation when it comes to tilawah al – Quran. Hajjah Rahmas owns a dinstictive charismatic personalities which are highly admired by other qari and qariah. Therefore, this article aims to explain Hajjah Rahmas’ background and her contribution in the world of tilawah al – Quran especially in Malaysia. This study will be conducted by using a quantitative framework study. Data collection includes unstructured interviews with the prominent figures in related field. The study shows the personage of Hajjah Rahmas and her contributions give huge impacts towards the development of Quranic tarannum recitations in Malaysia and other nations worldwide. Furthermore, her contributions can be a guideline for other qari and qariah to uphold and continue the legacy of Quranic tarannum recitations.

Published

2022-12-16