Cabaran Pelaksanaan Hisbah Bahagian Pengurusan Halal Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

  • Abdul Qahhar Ibrahim
  • Mohd Borhanuddin Zakaria
  • Roslan Ab Rahman
  • Noorsafuan Che Noh
Keywords: Hisbah, halal, Bahagian Pengurusan Halal (BPH) dan cabaran

Abstract

Hisbah merupakan salah satu unsur penting dalam pengurusan Islam, di mana ianya berasaskan kepada kefahaman secara teori dan praktikal terhadap konsep amar makruf dan nahi mungkar. Pelaksanaan hisbah juga turut merangkumi pelbagai aspek dalam kehidupan khususnya dalam lapangan ekonomi, sosial dan politik. Bahagian Pengurusan Halal (BPH), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merupakan salah satu bahagian yang penting dalam aspek pelaksanaan hisbah dari sudut Hal Ehwal Pengurusan Halal di negeri Selangor khususnya pada aspek pemantauan, pensijilan halal dan penguatkuasaan. Objektif penulisan ini adalah untuk melihat apakah cabaran yang terpaksa dihadapi oleh bahagian tersebut dalam melaksanakan hisbah dari aspek pengurusan halal di Selangor. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan kaedah temu bual dan kajian kepustakaan bagi memperolehi data kajian yang diingini. Hasil kajian mendapati terdapat beberapa masalah atau cabaran yang terpaksa dihadapi oleh pihak BPH iaitu dari segi aspek bidang kuasa, sumber manusia, peralatan dan kenderaan, kepakaran serta kewangan. Justeru itu, kajian yang berterusan perlu sentiasa dijalankan bagi memperkemaskan lagi pengurusan halal, dan meneliti masalah serta cabaran yang terpaksa dihadapi dalam usaha melahirkan bentuk pengurusan halal yang berkualiti, efektif dan berdaya maju khususnya pada aspek pelaksanaan hisbah.

Published
2019-05-06