Tahap Penguasaan dan Hubungan antara Pengetahuan terhadap Kemahiran Pelaksanaan KBAT dengan Faktor Kesediaan dan Sikap Guru dalam Mengimplementasikan KBAT ketika Sesi PdP sebagai Moderator: Satu Kajian di Daerah Johor Bahru

Mastery Level and The Relationship between Knowledge Towards The Implimentaion Ability of HOTs as The Teacher’s Readiness and Attitute as Moderators in Implimenting HOTs during TnL Session: A Study in Johor Bahru District

Authors

  • Ahmad Syafiq Yusof Universiti Teknologi Malaysia
  • Muhammad Talhah Ajmain @ Jima’ain Universiti Teknologi Malaysia
  • Sakinah Ab. Rahim Universiti Teknologi Malaysia

Keywords:

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), Pengajaran dan Pembelajaran (PdP), Guru Pendidikan Islam (GPI), Moderator. Higher Order Thinking skill (HOTs), Teaching and Learning (TnL), Islamic Teaching Teachers (GPI).

Abstract

Pengimplementasian Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam sistem pendidikan negara bertujuan melahirkan generasi yang mampu berfikir di luar kotak agar dapat menyelesaikan masalah secara cermat dan bersaing secara global. Bagi mencapai hasrat ini, para pendidik memainkan peranan penting dalam membentuk dan memperkukuh KBAT dalam kalangan pelajar ketika sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) berlangsung. Sehubungan itu, para pendidik perlu menguasai KBAT bagi memastikan misi dan visi serta falsafah pendidikan negara tercapai. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan dijalankan bertujuan menilai tahap penguasaan KBAT dalam kalangan guru Pendidikan Islam (GPI) di sekolah menengah daerah Johor Bahru sekaligus melihat perkaitan antara tahap pengetahuan dengan kemahiran pelaksanaan KBAT ketika sesi pengajaran dan pembelajaran dengan faktor kesediaan dan sikap guru sebagai moderator. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap penguasaan guru terhadap KBAT adalah baik namun faktor moderator tidak signifikan dalam mempengaruhi tahap kemahiran pelaksanaan KBAT dalam kalangan responden.  

The implementation of Higher Order Thinking Skill (HOTs) in the national education system aims to produce young generation with the ability to think out of the box in order to solve problems carefully and able to compete globally. In achieving the target, educators play an important role to develop and strengthen HOTs among students during the teaching and learning (TnL) session. Hence, the educators should master the HOTs in achieving the mission and vision of national education philosophy. This study uses quantitative methods and was conducted to assess the mastery level of HOTs among Islamic Education Teachers in secondary schools around Johor Bahru district along with significant relationship between knowledge and ability to apply HOTs during TnL session as the teachers’ readiness and attitude being the moderator factors. Findings statistically suggested that the mastery level of HOTs were good meanwhile the moderator factors unsignifacantly affected the mastery level of HOTs among respondents.

Published

2022-06-30