Persepsi Mengenai Hak Kebebasan Beragama dalam kalangan Penuntut Universiti Awam di Malaysia

Authors

  • Nur Afifah Mohd Najib
  • Ahmad Munawar Ismail

Keywords:

Mahasiswa, kebebasan, Agama Islam, Perlembagaan

Abstract

Seiring dengan perubahan semasa, masyarakat hari ini juga turut menunjukkan perubahan sikap dan tingkah laku yang semakin membimbangkan. Tambahan pula masyarakat Malaysia hari ini digemparkan dengan rusuhan yang berlaku yang melibatkan hak pemilikan rumah ibadat. Kesan daripada rusuhan tersebut telah menyebabkan kerosakan dan mendatangkan kecelakaan. Perkara ini perlu dipandang serius kerana ianya melibatkan isu hak kebebasan beragama dan bagaimana pandangan masyarakat mengenainya. Persepsi masyarakat terhadap hak kebebasan beragama ini perlu diambil serius agar keamanan Negara dapat dikekalkan dan tragedi sebegitu tidak berlaku lagi. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti persepsi mengenai hak kebebasan beragama dalam kalangan penuntut Universiti Awam di Malaysia. Dengan menggunakan kajian tinjauan, sebanyak 435 set soal selidik daripada seramai 500 responden telah dianalisis. Profil responden yang diperoleh terdiri daripada 300 orang kaum Melayu, 98 kaum Cina, 30 kaum India dan 7 orang daripada kaum lain-lain. Responden dipilih dalam kalangan mahasiswa di Universiti Awam di Lembah Klang. Dapatan kajian ini mendapati persepsi mahasiswa terhadap hak kebebasan beragama adalah tinggi dengan skor min 3.67 dengan sisihan piawai 1.90. Dapatan yang terhasil daripada kajian ini, menunjukkan mahasiswa di universiti awam mempunyai pandangan yang positif terhadap hak kebebasan beragama.

Published

2019-05-06