Kebolehpasaran Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat

Authors

  • Siti Nor Hayati M. Yusop
  • Karimah Umar

Keywords:

Graduan, Kebolehpasaran, Kolej Komuniti Kuala Langat

Abstract

Kajian Pengesanan Graduan Kolej Komuniti Kuala Langat ini merupakan kajian tahunan bagi mengenal pasti status graduan dalam tempoh enam bulan setelah menamatkan pengajian serta persepsi graduan terhadap aspek utama perkhidmatan yang dikaji meliputi aspek kurikulum, sistem penilaian, tenaga pengajar dan kemudahan prasarana. Seramai 350 orang graduan yang menamatkan pengajian yang tahun 2015 hingga 2016 dan konvokesyen pada September 2017 dipilih sebagai responden dalam kajian ini. Instrumen kajian yang digunakan adalah soal selidik yang dilengkapkan secara atas talian oleh responden dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSSV20). Data bagi kajian ini dianalisis secara analisis deskriptif dalam bentuk min dan peratusan. Hasil kajian mendapati kadar kebolehpasaran graduan KKKL meningkat sebanyak 6% iaitu 93% dari tahun 2013 kepada 99% bagi tahun 2017. Dari jumlah itu, 76% (266 orang graduan) telah mendapatkan pekerjaan dan 23% (81 orang graduan) telah berjaya melanjutkan pengajian. Manakala 1% mewakili 3 orang graduan masih belum memperoleh pekerjaan. Hasil dapatan indeks kepuasan mendapati graduan turut amat berpuashati dengan aspek perkhidmatan sepanjang tempoh pengajian mereka di Kolej Komuniti Kuala. Secara keseluruhannya, kebolehpasaran graduan Kolej Komuniti Kuala Langat adalah pada tahap amat baik dan perlu dikekalkan. Program-program pembangunan kerjaya dan latihan industri di Kolej Komuniti Kuala Langat perlulah dipelbagaikan dalam memastikan pelajar bersedia untuk meneroka alam pekerjaan dan diterima oleh pihak majikan. Selain itu, pelajar perlu dilengkapi dengan kemahiran keusahawanan sebagai nilai tambah agar tidak terlalu bergantung kepada peluang pekerjaan semata-mata.

Published

2019-05-06